Tuesday, 16 December 2014

Alkisah Pergi Berubat~

Assalamualaikum Dunia, Bangunla Semua~ Eh nyanyi pulak, terbayang-bayang Faizal Tahir dok nyanyi bersama. Cett~ Perasan pulak aku nis, muahahaha. Cik Tonah Cik Tonah serabai giler rasa~

Tinggal 14 hari je lagi nak masuk tahun baru. Adeii, sadis umo berganjak setingkat lagih. Habih sume keturunan tanya bila aku nak kawen, kenapa la tanya aku. Cuba tadah tangan mintak dengan Pencipta kita supaya aku cepat kawen, kang lebih afdal. Cita-citaku nak kawen tahun ni tak berkesempatan jua, adeii, masa meruntun kudrat, ye la nak tido bagai kena guna kudrat ape.

****hasil carian google
Tahun 2014 merupakan tahun yang mungkin aku paling tidak dapat aku lupa dalam hidup aku ni. Pantas masa berlalu, rasa baru semalam kat i-city shah alam dok tengok bunga api. Hujung tahun ni takde da tengok bunga api tu bagai. Insaf katanya, cam la buat dosa setakat tengok bunga api tu berjurai bagai, eh.

Aku ucap alhamdulillah sebab aku makin sihat dan walafiat, ramai yang baru jumpa aku 2 3 hari lepas kata aku da makin kurus. Sepupu sepapat aku pun ternganga mulut tengok aku bertukar bentuk kalau banding bagai ngan 'time' raya hari tu. Siap tanya aku produk apa aku makan, adeii payah punye soklan. Malas aku nak layan.

Yehaaa. Alhamdulillah jugak tahun ini aku mula tergerak kaki pergi jumpa ustaz untuk pulihkan sakit aku ini. Terus terang aku berat hati nak berubat tapi Allah dah bukakkan jalan untuk aku. Semua pusat Islam aku pegi termasuklah Darul Syifa', Darul Al-Madani, semua jenis darul la, jadi aku pilih salah satu. Semua benda kotor yang aku telan masa orang yang tak berniat baik tu bagi aku makan, akhirnya keluar dalam satu malam dalam bentuk pasir bukan nasi lauk ayam, kihkih. Ustaz yang ubatkan aku tu bagitahu la aku sebelum berubat tu, dia kata lepas aku berubat aku akan jadi makin kurus, ingatkan dia buat lawak jadik betul rupanya, kalau kira tumbang terbalik pulak rasanya. Konpuse pulak entah apa perkaitannya aku pun tak tahu. Tapi yang aku perasan aku memang makin sihat, dulu-dulu selalu migrain, selalu sakit-sakit, rasa kena cucuk-cucuk, sekarang alhamdulillah badan dah jadi ringan. Rasa bersyukur sangat. Semoga orang lain pun sihat sihat macam aku.

****nasib baik aku tak kena macam awie da
***camni kot aku kena cucuk cucuk
Lepas sekali pegi berubat, aku pergi sekali lagi untuk berubat kali kedua. Tempat sama, yang kedua ni lain sikitla, ustaz tu bagitahu aku ni berat jodoh, maksud lain 'jodoh' aku kena sekat, bila lelaki tengok aku memang tak akan suka, akan lari je kejenya, sebab tu kot aku lambat kawen kot, kihkih. Yang berubat kali kedua ni kejap je, ustaz tu baca baca ayat quran, lepas tu balik, tak lama macam rawatan pertama. Perubahannya takde la bawak maksud aku terus berkawen ke ape ke, tapi kalau nak banding ngan sebelum ni aku ni susah nak berkawan, sebelum ni orang takut nak berkawan ngan sebab muka aku ni terus terang nampak sombong, dan bila aku pandang orang lain aku rasa orang lain pandang aku dengan perasaan benci. Tu la yang jadik, maka aku pun dok sensorang layan blues, kihkih.

Akhir kata aku dah makin tua, adeii. Jomla kita bersama sama keluar dari masalah liku liku hidup ini, kihkih. Selamat malam semua~

***kang tunggu depan pintu kang

Running Man Addicted

Running Man Addicted