Wednesday, 25 June 2014

Alkisah Van Jenazah~

Salam sejahtera semua. Tidak lama lagi, bulan Ramadhan sudah nak menjelma kembali, rasa sayu mula menusuk di hati ini (entah kenapa, ahakksss banyak dosa la ni ish ish), semoga aku dan semua di panjangkan umor untuk meniti hari-hari di bulan yang mulia ini. Amin.


Syukur ke hadrat Ilahi, beberapa hari lepas aku dikejutkan satu berita gembira bahawa aku dapat kerja baru, kehkeh. Korang mesti pelik kan asyik bertukaq kerja je minah nih, aish. Tapi kali ini, jauh dari sudut hati aku, aku akan berkahwin, erkkk, apakah. Apakah status ini dengan mendapat pekerjaan di tempat baru, erkkk apakah niat ku, erkkk. risau aku~ Sah kesengetan melanda diri ini.


Van Jenazah, apakah...???Apakah perkaitannya dengan Ramadhan yang hampir menjelma ni, nak jawapan konkrit ke mega, erkkk, apakah?

Alang-alang aku dah terbukak hati nak cerita ni baik aku berceritala senang taram tang tang.Eh nyanyi pulak budak ni, haishh.

Masa tu aku dalam perjalanan dari rumahku ke pendalaman Kuala Krai, perjalanan ambil masa dalam 2 jam lebih, dalam perjalanan tu biasa la kereta kiri dan kanan. Di pertengahan perjalanan tu la, tetiba ada sebuah van jenazah ni tetiba berada di hadapan aku, aku tak pasti la van jenazah ni baru keluar lorong ke apa ke, konpuse la jugak aku. Van jenazah berkelajuan paras normal yang membawa maksud bagi aku van tersebut sememangnya tengah membawa seorang jenazah. Aku menghampiri dekat kereta untuk melihat adakah betul ada jenazah dalam van tersebut, ya la rasa ingin tahu menggigit hati ini. Tetiba maharani di sebelah aku a.k.a bonda ku memekik, "Nahhhhhhh," pekik maharani ke arah ku. Eh bakpe pulak mak aku ni, ish ish, aku nak intai-intai je pun. Di sebabkan muka maharani yang mula ingin bertukar dari hijau ke biru, aku pun mula lah nak cover dengan memperlahankan kenderaan pacuan empat roda aku tu, masa tu rasa ingin tahu macam meronta-ronta nak keluaq, adeiii, kena buat pilihan singkat, sama ada maharani ke van jenazah tersebut, dan akhirnya jawapan konkrit aku masih maharani.

Akhirnya van jenazah tu signal nak masuk lorong, muka maharani dari biru bertukaq kembali ke warna asal, apakah....?Penakut jugak maharani aku ni,ish ish, sabar ajela. Lepas tu aku fokus je memandu, terus sampai ke tempat urusan dengan selamatnya. Alhamdulillah urusan dipermudahkan walaupun di situ ada kekacau bilauan nan sedikit, biasa la manusia, cettt. Biasa la hidup aku memang penuh pancaroba, cett status apakah ini,erkkk.

Dipendekkan cerita, aku kembali dalam perjalanan balik ke rumah, tetiba maharani memandang tajam jam di monitor kereta, kemudian dia memandang aku yang masih kusyuk memandu, katanya, "Nah, nak sembahyang," aku angguk aje la dan kemudiannya tercari-cari masjid-masjid nan berdekatan. Sampai di suatu kawasan perkarangan masjid aku mula memberi signal masuk.  Masa tengah berpusing-pusing mencari tempat parking, maka terjumpa la parking kosong. Bila sudah parking baik punye, tetiba aku pandang kanan, erkkk, van jenazah tengah hari tadi. Hahahahaha. Tengok dari  no plat van tersebut, aku memang dah agak tu memang van jenazah sama, gelak geli aku dalam hati.

Mak aku buat muka cuak, "Nah cari tempat parking lain sekarang jugak,", amboi bagi arahan konkrit nampak, tahu la dirimu maharani hatiku, cett. Dalam ketap-ketap bibir, cari la aku tempat parking lain, erkkk apakah...?

Mak aku dah buat muka cuak nak turun kereta, erkk apakah.....? Akibat maharani terlampau cuak, kaki beliau terpeliot ke dalam longkang, adeii. Ibuku oh ibuku, anak mu ini di sisi. Sabo ajela.

Sekian, banyak pulak bercerita. Salam beramal ya semua~



1 comments:

eita said...

selamat menyambt ramadhan....
lama tak singgah sini..


penakut jugak maharani tu ye dengan van jenazah..hehehehe...

Running Man Addicted

Running Man Addicted