Tuesday, 16 December 2014

Alkisah Pergi Berubat~

Assalamualaikum Dunia, Bangunla Semua~ Eh nyanyi pulak, terbayang-bayang Faizal Tahir dok nyanyi bersama. Cett~ Perasan pulak aku nis, muahahaha. Cik Tonah Cik Tonah serabai giler rasa~

Tinggal 14 hari je lagi nak masuk tahun baru. Adeii, sadis umo berganjak setingkat lagih. Habih sume keturunan tanya bila aku nak kawen, kenapa la tanya aku. Cuba tadah tangan mintak dengan Pencipta kita supaya aku cepat kawen, kang lebih afdal. Cita-citaku nak kawen tahun ni tak berkesempatan jua, adeii, masa meruntun kudrat, ye la nak tido bagai kena guna kudrat ape.

****hasil carian google
Tahun 2014 merupakan tahun yang mungkin aku paling tidak dapat aku lupa dalam hidup aku ni. Pantas masa berlalu, rasa baru semalam kat i-city shah alam dok tengok bunga api. Hujung tahun ni takde da tengok bunga api tu bagai. Insaf katanya, cam la buat dosa setakat tengok bunga api tu berjurai bagai, eh.

Aku ucap alhamdulillah sebab aku makin sihat dan walafiat, ramai yang baru jumpa aku 2 3 hari lepas kata aku da makin kurus. Sepupu sepapat aku pun ternganga mulut tengok aku bertukar bentuk kalau banding bagai ngan 'time' raya hari tu. Siap tanya aku produk apa aku makan, adeii payah punye soklan. Malas aku nak layan.

Yehaaa. Alhamdulillah jugak tahun ini aku mula tergerak kaki pergi jumpa ustaz untuk pulihkan sakit aku ini. Terus terang aku berat hati nak berubat tapi Allah dah bukakkan jalan untuk aku. Semua pusat Islam aku pegi termasuklah Darul Syifa', Darul Al-Madani, semua jenis darul la, jadi aku pilih salah satu. Semua benda kotor yang aku telan masa orang yang tak berniat baik tu bagi aku makan, akhirnya keluar dalam satu malam dalam bentuk pasir bukan nasi lauk ayam, kihkih. Ustaz yang ubatkan aku tu bagitahu la aku sebelum berubat tu, dia kata lepas aku berubat aku akan jadi makin kurus, ingatkan dia buat lawak jadik betul rupanya, kalau kira tumbang terbalik pulak rasanya. Konpuse pulak entah apa perkaitannya aku pun tak tahu. Tapi yang aku perasan aku memang makin sihat, dulu-dulu selalu migrain, selalu sakit-sakit, rasa kena cucuk-cucuk, sekarang alhamdulillah badan dah jadi ringan. Rasa bersyukur sangat. Semoga orang lain pun sihat sihat macam aku.

****nasib baik aku tak kena macam awie da
***camni kot aku kena cucuk cucuk
Lepas sekali pegi berubat, aku pergi sekali lagi untuk berubat kali kedua. Tempat sama, yang kedua ni lain sikitla, ustaz tu bagitahu aku ni berat jodoh, maksud lain 'jodoh' aku kena sekat, bila lelaki tengok aku memang tak akan suka, akan lari je kejenya, sebab tu kot aku lambat kawen kot, kihkih. Yang berubat kali kedua ni kejap je, ustaz tu baca baca ayat quran, lepas tu balik, tak lama macam rawatan pertama. Perubahannya takde la bawak maksud aku terus berkawen ke ape ke, tapi kalau nak banding ngan sebelum ni aku ni susah nak berkawan, sebelum ni orang takut nak berkawan ngan sebab muka aku ni terus terang nampak sombong, dan bila aku pandang orang lain aku rasa orang lain pandang aku dengan perasaan benci. Tu la yang jadik, maka aku pun dok sensorang layan blues, kihkih.

Akhir kata aku dah makin tua, adeii. Jomla kita bersama sama keluar dari masalah liku liku hidup ini, kihkih. Selamat malam semua~

***kang tunggu depan pintu kang

Wednesday, 25 June 2014

Alkisah Van Jenazah~

Salam sejahtera semua. Tidak lama lagi, bulan Ramadhan sudah nak menjelma kembali, rasa sayu mula menusuk di hati ini (entah kenapa, ahakksss banyak dosa la ni ish ish), semoga aku dan semua di panjangkan umor untuk meniti hari-hari di bulan yang mulia ini. Amin.


Syukur ke hadrat Ilahi, beberapa hari lepas aku dikejutkan satu berita gembira bahawa aku dapat kerja baru, kehkeh. Korang mesti pelik kan asyik bertukaq kerja je minah nih, aish. Tapi kali ini, jauh dari sudut hati aku, aku akan berkahwin, erkkk, apakah. Apakah status ini dengan mendapat pekerjaan di tempat baru, erkkk apakah niat ku, erkkk. risau aku~ Sah kesengetan melanda diri ini.


Van Jenazah, apakah...???Apakah perkaitannya dengan Ramadhan yang hampir menjelma ni, nak jawapan konkrit ke mega, erkkk, apakah?

Alang-alang aku dah terbukak hati nak cerita ni baik aku berceritala senang taram tang tang.Eh nyanyi pulak budak ni, haishh.

Masa tu aku dalam perjalanan dari rumahku ke pendalaman Kuala Krai, perjalanan ambil masa dalam 2 jam lebih, dalam perjalanan tu biasa la kereta kiri dan kanan. Di pertengahan perjalanan tu la, tetiba ada sebuah van jenazah ni tetiba berada di hadapan aku, aku tak pasti la van jenazah ni baru keluar lorong ke apa ke, konpuse la jugak aku. Van jenazah berkelajuan paras normal yang membawa maksud bagi aku van tersebut sememangnya tengah membawa seorang jenazah. Aku menghampiri dekat kereta untuk melihat adakah betul ada jenazah dalam van tersebut, ya la rasa ingin tahu menggigit hati ini. Tetiba maharani di sebelah aku a.k.a bonda ku memekik, "Nahhhhhhh," pekik maharani ke arah ku. Eh bakpe pulak mak aku ni, ish ish, aku nak intai-intai je pun. Di sebabkan muka maharani yang mula ingin bertukar dari hijau ke biru, aku pun mula lah nak cover dengan memperlahankan kenderaan pacuan empat roda aku tu, masa tu rasa ingin tahu macam meronta-ronta nak keluaq, adeiii, kena buat pilihan singkat, sama ada maharani ke van jenazah tersebut, dan akhirnya jawapan konkrit aku masih maharani.

Akhirnya van jenazah tu signal nak masuk lorong, muka maharani dari biru bertukaq kembali ke warna asal, apakah....?Penakut jugak maharani aku ni,ish ish, sabar ajela. Lepas tu aku fokus je memandu, terus sampai ke tempat urusan dengan selamatnya. Alhamdulillah urusan dipermudahkan walaupun di situ ada kekacau bilauan nan sedikit, biasa la manusia, cettt. Biasa la hidup aku memang penuh pancaroba, cett status apakah ini,erkkk.

Dipendekkan cerita, aku kembali dalam perjalanan balik ke rumah, tetiba maharani memandang tajam jam di monitor kereta, kemudian dia memandang aku yang masih kusyuk memandu, katanya, "Nah, nak sembahyang," aku angguk aje la dan kemudiannya tercari-cari masjid-masjid nan berdekatan. Sampai di suatu kawasan perkarangan masjid aku mula memberi signal masuk.  Masa tengah berpusing-pusing mencari tempat parking, maka terjumpa la parking kosong. Bila sudah parking baik punye, tetiba aku pandang kanan, erkkk, van jenazah tengah hari tadi. Hahahahaha. Tengok dari  no plat van tersebut, aku memang dah agak tu memang van jenazah sama, gelak geli aku dalam hati.

Mak aku buat muka cuak, "Nah cari tempat parking lain sekarang jugak,", amboi bagi arahan konkrit nampak, tahu la dirimu maharani hatiku, cett. Dalam ketap-ketap bibir, cari la aku tempat parking lain, erkkk apakah...?

Mak aku dah buat muka cuak nak turun kereta, erkk apakah.....? Akibat maharani terlampau cuak, kaki beliau terpeliot ke dalam longkang, adeii. Ibuku oh ibuku, anak mu ini di sisi. Sabo ajela.

Sekian, banyak pulak bercerita. Salam beramal ya semua~



Thursday, 19 June 2014

Berubah atau Di Ubah itu Adalah Ketentuan-Nya

Setahun lebih sudah aku meminggirkan blog dengan diri ini, post entri terakhir adalah pada 12 May 2013 yang lepas dan kini 20 Jun 2014, mak aih ambik masa yang agak lama untuk aku kembali kepada sifat azali aku ni: MENULIS, kelakar pulak rasanya bila baca balik post-post lama aku. Adeiii....Mood: gelak geli geli dalam hati.

PERUBAHAN ? DI UBAH ?

Nak kata berubah ter'over' tu takdela, tapi semua orang sedang berubah, bayangkan dari member-member aku yang dulu yang berstatus 'single' dan kini dah tukar status 'married'. Kalau dulu berstatus 'married' sekarang yang jadi 'ibu'. Syukur alhamdulillah untuk kehidupan kamu semua yang membahagiakan, aku hanya mampu berdoa dari sayup-sayup kejauhan tanpa sebarang kata yang mengungkap betapa bahagianya aku melihat kamu semua bahagia.Syukran, dan aku masih berstatus 'menanti', itu adalah kerana Allah telah mempersiap seseorang yang terbaik untuk aku. No worries!! I will find you my soulmate....yehaa~


Ya semua orang berubah, atau perasaan ini yang telah di ubah adalah sebenarnya adalah keizinan dari-Nya. Terima kasih ya Allah kerana kau telah menemukan orang-orang yang betul padaku untuk menjadi watak membimbing aku ke arah jalan-Mu Ya-Rabb.

Dalam waktu dan ketika ini, banyak perkara di luar akal aku buat, hahaha, tidak ku sangka, perkara yang sebelum ini hanyalah khayalan murahan kini menjadi separa nyata, adeiii, wish me luck ye. Diri ini masih mahu merawat hati yang rawan ini, cett, biarkan aku hidup lebih baik dan berbahagia.

Sekian.

Running Man Addicted

Running Man Addicted