Sunday, 12 May 2013

Lapar punye angkara~

Salam semua~ Akhirnya dapat jugak meng-onlinekan diri ini. Tetiba teringat pulak akan blog aku yang kian berhabuk dan berdebu ni.

Balik dari interbiu terus jer bekejar ke muka laptop, almaklumla menggamit rindu yang tak sudah sudah kepada line internet yang tandus ini. Haiyaaa~

Alang-alang baru balik dari temuduga ni, aku nak cerita lor seket. Hari ni berkalut ribut la bahawasanya tertuduh ini, pergi interbiu. Masa interbiu stat kul 7.45 pagi. Fuuuu. Aku bertolak dari umah dari jam 7.20 pagi bajet lor sempat mengejar bayang masa, tapi bila keluar jer lorong, pergghhh berterabur kete atas jalan raya. Almaklumlah umah aku ni dekat ngan sekolah, jem la pulak ngan orang nak pegi kejenye, orang nak pegi anta anak sekolah nye, sume guna jalan yang sama.

Bila sampai tempat dituju, terover tekan minyak la pulak, tengok-tengok parking staff, adehhh hampeh. Di samping orang lain yang turut kalut mencari parking sebab terkejar nak punch card, aku pulak kalut-kalut pulak U-Turn persis keabnormalannye, dan beberapa minit kemudian barula aku selamat memakirkan kereta nan terbabit.

Bila tutup je enjin kete, aku dengan tidak semena-menanya membuat larian merentas desa untuk sampai ke bilik mesyuarat di mana tempat interbiu tersebut di jalankan. Fuhhh, nasib baik sampai on-time. Ekekeke, gelak aku sengsorang dalam kotak hati yang berwarna ungu keresahan, oh yeah~

Sampai je kat muka pintu, akak tu terus bagi soklan akaun tahap 5 kat muka aku. "Sejam yer dik,"kata kakak terbabit. Baru dok nganga amik udara, da kena telan balik berbekalkan soklan akaun terbabit. Dengan berbakikan satu soklan pasal 'doubtful debt', aku biar je kotak jawapan tu tanpa penghuni, terus je aku anta tanpa segan dan silunya. Adeii, carik nahas betul.

Lam 1 jam pertama aku tunggu nama ku dipanggil, aku normal agi, tapi bila jam kedua tak panggil-panggil agi, tetiba bunyi usus perutku berkumandang di setiap saat, adeeeiii, aku lapar.

Sebagai seorang yang peramah, aku tidak ketinggalan untuk mengusahakan teknik usha mengusha yang tiada had nye. Dari sorang ke sorang balik, nama aku tak jugak dipanggilnya. Nak kena betul diorang ni, grrrr, da la lapar.

Dan akhirnya namaku dipanggil, rupanya nama aku dok part paling last sekali, errr. Masuk je pintu bilik interbiu, perut aku makin merintih hiba, sebab lapar punye angkara aku kelu tuk berbicara. Bila yang interbiu tu tanya soklan aku jawab endah tak endah jer, da la kena cakap ngan kuat nya, padahal pakai mike. Tapi ni la first time aku interbiu ngan skrin komputer. Errr. Ala kan era makin canggih, maka terjadi la ia video call....errrr, entah.

Tapi disebabkan aku yang terakhir, yang dok interbiu tu pun da ngantuk-ngantuk da. Maka terjadila kejadian manusia tanya sepatah manusia lain jawab sepatah. Lam otak aku masa tu, aku da nampak bayang-bayang nudget nudget comey je kat skrin terbabit. This is the worst interview session ever~ Malapetaka betul.

Tak penah penah aku wat perangai camni.

Balik je intebiu aku terus je pegi klinik check temperature, entah, sewel da rasanya. Tapi jauh dari sudut ati aku ni, menyesal giler, lalalalalala. Hidup mesti diteruskan.

Pakcik yang gelakkan aku~

Sekian.


0 comments:

Running Man Addicted

Running Man Addicted