Sunday, 17 March 2013

Cik mata yang gedik~

Selamat malam semua~ Bertemu lagi kita di warkah yang unik lagi antik nih, harhar~ Sambil melilau lilau mata ini di layar layar perak, yang semestinya tidak ketinggalan layar astro Ria yang sedang dok pekik pekik, almaklumlah cerita hantu punye pasal, tajuknye 'Nenek Bongkok Tiga', perghhh dasyat giler hantunyer, iskh iskh, Subhanallah~

Sedang dok ralit pekena pencarian kerja baru yang tidak penah bertemu penghujungnye walaupun diri ini telah bekerja, keinginan aku tuk mencari cari pekerjaan yang lebey stabil dan mempunyai lebey masa hadapan masih menebal lam jiwa raga ni, di kala ini bawah mata kiri aku ni asyik dok memperlihatkan kegedikan beliau. Biasanya kalo perasaan gedik bawah mata kiri ni biasanye bagi petanda tak bape baek kat aku sebenarnya, iskh iskh. Ketidakselesaan jugak berlaku, ye la, dok ralit gedik gedik kat mata, mana la selesa mata ni nak menengok citer hantu skang nih, errr~

Ya Allah Ya Tuhanku, lindungi aku dari perasaan dukacita dan juga perkabaran yang tidak baik. Amin YaRabbalalamin.

Sebenarnya aku tidakla terlampau obses ngan kesedihan kegedikan mata ni, tapi bila da tergedik tu nak wat camne iye dop, berserahla pada Tuhan yang maha satu. Sebab setiap yang berlaku mesti sebab dan musabatnye, Ooooo~ Sebenarnye kan kalo tengok dari sudut sains nya, penyakit gedik mata ni ada nama saintifiknya tau, "myokymia", yang diakibatkan oleh perasaan overstress, terlebey depression, kurang tido dan juga disebabkan terlebey minum kopi ker nescafe ker dan lain lain lagi. Jadi sebab mata kiri aku ni dok gedik gedik mungkin sebab sebab ni la, ececece menyedapkan hati nurani sendiri la nampaknyer, errr~

Resolusi yang tidak penah nak berevolusi yang beberapa kerap berlaku minggu ni, almaklumlah surat surat hutang mula mengadap cik tuan yang menghutani nya. Disebabkan banyak panggilan panggilan dari pelanggan pelanggan yang penuh membawa kesulitan kehutanan depa datang menghadap aku dan pabila ia nya perlu diselesaikan secara penuh perakaunannya, maka  ia nya telah pun membawa aku tuk mengenal konsep 'creative accounting', iskh iskh. Kalo bebudak student 'forensic accounting' tahu ni aku mengamalkan dasar 'creative accounting' ni memang sah sah la ada pihak akan buat 'page' anti cik tonah lepas ni, errr famous sangat ker aku nih, ekekeke~ piiiraahhhh~

Kalo gedik agi, meh pakat tutup mata~

Sekian dulu, Hidup mesti mau best~

 

Saturday, 16 March 2013

'CLEANER' nan misteri~

Assalamualaikum semua~ Oh yeah~ Tutup mata bukak mata masuk hari ni da 1 bulan 16 hari da aku bertapak di opis baru aku ni. Alhamdulillah semuanya memang terbaek. Walaupun gaji cume secupak berbanding 3 cupak dri tempat keje lama aku dulu, tapi sememangnyer aku lebey bahagia~ Wah bahagia....tettt~ Hohohoho~ Bahagia di kelilingi buku buku yang menimbun. Mana taknyer, gudang buku mestilah dipenuhi timbunan buku, tapi kalau ia bertukar menjadik timbunan ayam KFC pun ape salahnyer, ia tak, ngehngeh~

Sejak 2 menjak balik kampung ni, banyak jugak pencarian dari bebudak kelas dulu dok mencari cari dan tercari cari diri ini, tapi tk sempat beb, komitmen sebagai seorang anak plus seorang pekerja memang memakan masa melebihi masa tuk diri sendiri. Nanti ada masa aku contact korang balik yer, sila harap bersabar dan bertenang bukan bertendang, haiyaaa~

Tajuk gempak post aku hari ini, "CLEANER nan misteri".

Pelik bebenor tajuk ni nyer iye dop~. Tak la pelik bin ajaib sangat pun, cuma kemusykilan demi kemusykilan, hari demi hari sentiasa melanda diri ini. Adakah aku mula ingin bertukar menjadik seorang penyiasat seperti detektif Conan atau detektif Hajime Kindachi atau sebagainya. Oh mungkin jugak, sikap 'sceptism' yang semakin menebal akibat bekerja berkaitan kewangan melatih diri ini bersikap demikian, errr entah lor~

Begini la cerita nye, kat opis baru aku ada la seorang 'cleaner' lelaki ni, fuhhh, mula mula aku terpandangkan encik beliau, sumpah aku teringat die ni pelakon cerita Korea. Encik beliau memang kelihatan seperti seorang pemuda yang berdarah campuran. Sampai aku ingat encik beliau ni seorang non-muslim sebab wajah kekoreanan nye. Pelik jugakla sebab ape, kalo nak banding ngan opis opis aku dulu kebanyakan 'cleaner' terdiri dari kaum hawa. Jarang la sangat jumpe 'cleaner' seorang lelaki.

Walaupun die ni seorang 'cleaner', yang kerja cume cuci cuci, mop lantai, angkut sampah dan sebagainya, tapi ape yang menghairankan aku, pakaian nye sangat la smart, walaupun cume pakai t-shirt dan seluar jeans serta yang tak penah ketinggalan selipar jepun beliau. Yang dimusykilkan ialah baju yang dipakai encik beliau ni sangatla berjenama disulami jam tangan emas, perghhh~

Kemusykilan lain menerpa lagi, konpuse jugak la yang ni. Encik beliau ni selalu sangat masuk bilik cik bos secara perseorangan. Tak tahu la atas urusan ape, biasanye pekerja laen akan masuk berjumpa cik bos pabila ada tugas yang memerlukan khidmat cik bos tuk membuat keputusan. Kalo difikirkan lebey dalam, encik beliau hanyala seorang 'cleaner' tetapi selalu berjumpa cik bos,urmmm. Kalo nak tahu, cik bos aku ni sangat garang orangnya, kalo tak kena gaya bercakap mesti senang senang jer kena jerkah, heart attack skala mengejut pun buleh terkena. Bertambah aku konpuse, setiap kali mereka berdua lam bilik, mesti cik bos aku tu suh tutup pintu. Bilik bos aku tu memang kalis bunyi, kalo diorang bercakap kalo pintu bertutup memang satu bunyi pun tak kedengaran. Amboi cik tonah kuat betul dok perhati, menyibok jer. Uit bukan menyibok la, da bilik bos  belakang aku jer, nak tak nak nampak jugak bos aku dok dalam tu, da transparent nak wat camne, iskh iskh....

Nak dijadikkan cerita, hari ni encik 'cleaner' ni masukla bilik cik bos aku ni. Tapi yang silap cume satu, die tak ingat tutup pintu. Tapi walaupun tak tutup, suara masih tak kedengaran disebabkan depa ni dok berbisik. Disebabkan aku malas dok layan, aku buat la keje aku cam biasa, tapi masa tu aku ngah print satu 'statement account' ni, cam biasa secara ganasnye aku bangun dari kerusi aku tu tuk pegi amik yang diprint tadi kat printer depan pintu pegawai HR, terbunyi kuat seket la almaklumla kerusi tu cume menunggu masa nak rebah je pon, mungkin sebab terkejut, aku nampak dari cermin transparent bilik bos aku tu, encik 'cleaner' tu terus terbangun dari duduk ngan cik bos aku terkinja cam terkejut giler sebab bunyi kerusi aku tadi. Yang tak tahannye, encik 'cleaner' tu nak cover malu die cam buat buat cam tengah repair je kerusi yang die tengah dok leklok tadi dan akhirnya baru die tutup pintu. Aku yang da tak tahan da masa tu, terus mengilai cam pontianak tak cukup darah. Nasib baek la bilik bos aku tu kalis bunyi, ekekeke~

Ditambah sedikit perisa, bila encik 'cleaner' ni juga selalu jumpe cik penasihat syarikat. Konpuse jugak, sebab ape, bila encik 'cleaner' ni jumpe cik penasihat syarikat, sesape pun tak bley masuk lam bilik cik penasihat syarikat sampai depa habih bercakap. Terkejut jugakla sebenarnye, sebab ada satu hari ni, seorang pegawai opis aku ni tercari-cari encik 'cleaner' ni sampai membawa dia dekat ngan bilik cik penasihat, tapi cik penasihat syarikat langsung tak benarkan cik pegawai ni masuk sampai diorang abih bercakap. Kesian jugak la cik pegawai tu, cam terdesak sangat nak jumpa encik 'cleaner' ni. Muka die memang tengah pikir masalah besaq punye. Macam nak mintak tolong dari cik 'cleaner' tu kot tuk selesaikan masalah die agaknyer. Tapi lebey menghairankan GAYA cik 'cleaner' tu masuk bilik cik penasihat syarikat, biasa bila saya tengok encik 'cleaner' tu akan meluru masuk terlebey dahulu kemudian baru diikuti oleh cik penasihat syarikat dari belakang. Errr, saya pun tak paham dari ape yang saya lihat, adakah perbuatan mereka itu tidak menggambarkan apa-apa jawapan, urmmmm~

Kini aku bimbang, bimbang ape nye cik tonah, ye la aku bimbang jugakla kalau kalau yang encik 'cleaner' tu merupakan seorang spy. Erkkk~

James Bond kah~ Errr......

Sekian dan selamat bekerja~
 


Running Man Addicted

Running Man Addicted