Saturday, 12 January 2013

Oh 2013~

Salam 2013~ Amboi da nak abih Jan 2013 ni baru tergedik gedik nak update aku punye blog, adeiii parah parah.

Permulaan nak masuk tahun 2013 yang mega ini, 'time' tu aku dok sibok sibok buat keje, aku dapat la satu panggilan telefon ni, aku mula terkelu dan terkedu, satu 'company' mega menjemput aku tuk interbiu. Adeii, hari interbiu adalah sehari sebelom aku punyer first final exam. Fuuuu~

Kebimbangan aku bercampur baur, ye la mana nak focus keje nye, final examnyer, interbiunyer, diri sendiri aku rasa cam tk terurus je time tuh. Kat tempat keje aku, aku da sure sure aku terpeliotkan diri lam menyibokkan diri sebab terpaksa meng'closing kan baki akaun bagai tu semua. Huahua~ Hidup Memang best, errrr~

Dengan tak buat sebarang 'preparation' yang berpatutan dengan status 'company' mega tersebut, akhirnye da termaktub aku gagal lam interbiu tersebut. Adeiii, betapa besarnya peluang yang aku telah lepaskan. Takdir aku da termaktub lam takdirnya. Subhanallah~

Tapi interbiu tu memang best, ada buat 'test' secibik cam soklan final exam aku- FAR 400. 'Time' aku tengok soklan tu, aku da mula rasa pening-pening da, almaklumla aku da lama tak tengok soklan bagai tu semua. Selain soklan yang bagai FAR 400 tersebut, ada jugak soklan personaliti test. Fuuuu, memang  mencabar aku punyer mencabar mentaliti, Lepas jawab soklan tu bagai, kemudian tu barula aku di bawa masuk ke dalam bilik 'meeting' yang agak lengang, kemudian masuklah seorang perempuan Chinese ni, die memperkenalkan diri sebagai seorang 'team leader'. Masuk je die, memang aku da dapat agak aku akan 'fail' interbiu tersebut. Duduk je kat situ. 'first question' yang keluar dari mulut die,

"Can you tell me the current accounting standard that we use in Malaysian now a day?.....

Errr~ Disebabkan soklan terkeluar dari mulut beliau, aku da nak tergelak da. Kenapa aku nak gelak sebab 'lecturer' aku baru ajar lam kelas malam minggu sebelum tu. Masa tu aku baru fikir, nasib baek la aku pegi kelas masa tu, tak la aku malu sesangat depan encik 'team leader' time tuh. MFRS.....jawab aku. Dengan 'elaboration' yang berpatutan, lulus la soklan pertama tu. Tapi bila da masuk soklan kedua tu perasaan aku da nak serba pitam nan hitam legam da, rasa macam otak ni da berpinar pinar cam gasing ngan dok berputar je, Die tanye pasal FRS, lam bebanyak FRS aku cume ingat satu FRS ni je: FRS 100. Lam hati aku time tuh, memang berpeluh, rasa nak lari pegi keluar bilik meeting tu dengan pekik pekik histeria.

Dengan pelbagai soklan yang berbagai selaras ngan kengerian 'accounting principle' itu sendiri, aku pun da ingat ingat lupa da, sampai bley terkeluar dari mulut aku ni,"I don't know", satu sejarah bagi aku sebab selama aku meng'interbiukan diri selama ni aku tak penah terkeluarkan ayat bagai ni.

Fuuuu, satu keluhan demi keluhan je keluar dari diri aku ni.

Balik je interbiu tu, aku terus je bukak buku tuk 'study', almaklumla keesokkannyer tu aku ada 'exam paper' yang perlu dihadap. Alhamdulillah, jawab dengan habis jayanya. Pastu keesokannyer terus pegi keje, cik bos memang tengah menanti aku di muka pintu opis dengan muka penuh misteri, die panggil aku masuk bilik beliau dan 'finally' keje yang aku buat berhempas pulas nyer die campakkan je depan aku.

Bila aku cek, dengan aku tak sedar nye banyak giler kesalahan, padahal aku da 'double check' dan kemudian di 'double check' lagi sekali oleh 'senior staff' kat situ. Fuuuu, masa tu aku da rasa 'down' giler da. Masa tu jauh dari sudut hati aku, aku da taknak da keje berkait ngan akaun ni. Aku yang masih dalam kebluran nyer dan kebingunannya, aku dikejutkan pulak ngan masalah dari keluarga aku, ntah la dari mana masalah tu datang aku pun tak tahu. Sabo je la~


Oh 2013~ Fuuuu~


Periuk tekanan pun tak bertekanan tinggi macam aku ni, balik je keje ari tu, aku da jadik 'speechless..........................'

Spechless.................

Nasib ada 'gap' panjang tuk 'second final paper', aku ambik masa tu tuk tenangkan diri, aku tak bercakap langsung ngan budak umah aku, balik keje aku terus tido. Banyak benda yang aku pikir, ntahla, tapi alhamdulillah, Allah masih kuatkan semangat aku ni tuk teruskan hidup. Kesian kat diorang dok pikir, hehe, tapi aku tetapkan sayang kan diorang diorang ni terutamanya 'my lovely roomate' yang sorang tu sabo je ngan aku ni. Peace beb~

Dengan berbaki satu lagi 'assignment', sebab bosan dok mencari idea nan bernas tuk siapkan nye, maka berlalu lalang la aku kat blog ni, huahua~

Maka dengan itu sekian sahaja la tuk kali ni~ Hidup mesti best~Sekian.


2 comments:

Nizam Ijam said...

selamat tahun baru :)

saya dah update...
hope dapat tolong walaupun agak susah.... :(

sayA tonaH said...

selamat tahun baru jugak tuk nizam

Running Man Addicted

Running Man Addicted