Sunday, 12 May 2013

Lapar punye angkara~

Salam semua~ Akhirnya dapat jugak meng-onlinekan diri ini. Tetiba teringat pulak akan blog aku yang kian berhabuk dan berdebu ni.

Balik dari interbiu terus jer bekejar ke muka laptop, almaklumla menggamit rindu yang tak sudah sudah kepada line internet yang tandus ini. Haiyaaa~

Alang-alang baru balik dari temuduga ni, aku nak cerita lor seket. Hari ni berkalut ribut la bahawasanya tertuduh ini, pergi interbiu. Masa interbiu stat kul 7.45 pagi. Fuuuu. Aku bertolak dari umah dari jam 7.20 pagi bajet lor sempat mengejar bayang masa, tapi bila keluar jer lorong, pergghhh berterabur kete atas jalan raya. Almaklumlah umah aku ni dekat ngan sekolah, jem la pulak ngan orang nak pegi kejenye, orang nak pegi anta anak sekolah nye, sume guna jalan yang sama.

Bila sampai tempat dituju, terover tekan minyak la pulak, tengok-tengok parking staff, adehhh hampeh. Di samping orang lain yang turut kalut mencari parking sebab terkejar nak punch card, aku pulak kalut-kalut pulak U-Turn persis keabnormalannye, dan beberapa minit kemudian barula aku selamat memakirkan kereta nan terbabit.

Bila tutup je enjin kete, aku dengan tidak semena-menanya membuat larian merentas desa untuk sampai ke bilik mesyuarat di mana tempat interbiu tersebut di jalankan. Fuhhh, nasib baik sampai on-time. Ekekeke, gelak aku sengsorang dalam kotak hati yang berwarna ungu keresahan, oh yeah~

Sampai je kat muka pintu, akak tu terus bagi soklan akaun tahap 5 kat muka aku. "Sejam yer dik,"kata kakak terbabit. Baru dok nganga amik udara, da kena telan balik berbekalkan soklan akaun terbabit. Dengan berbakikan satu soklan pasal 'doubtful debt', aku biar je kotak jawapan tu tanpa penghuni, terus je aku anta tanpa segan dan silunya. Adeii, carik nahas betul.

Lam 1 jam pertama aku tunggu nama ku dipanggil, aku normal agi, tapi bila jam kedua tak panggil-panggil agi, tetiba bunyi usus perutku berkumandang di setiap saat, adeeeiii, aku lapar.

Sebagai seorang yang peramah, aku tidak ketinggalan untuk mengusahakan teknik usha mengusha yang tiada had nye. Dari sorang ke sorang balik, nama aku tak jugak dipanggilnya. Nak kena betul diorang ni, grrrr, da la lapar.

Dan akhirnya namaku dipanggil, rupanya nama aku dok part paling last sekali, errr. Masuk je pintu bilik interbiu, perut aku makin merintih hiba, sebab lapar punye angkara aku kelu tuk berbicara. Bila yang interbiu tu tanya soklan aku jawab endah tak endah jer, da la kena cakap ngan kuat nya, padahal pakai mike. Tapi ni la first time aku interbiu ngan skrin komputer. Errr. Ala kan era makin canggih, maka terjadi la ia video call....errrr, entah.

Tapi disebabkan aku yang terakhir, yang dok interbiu tu pun da ngantuk-ngantuk da. Maka terjadila kejadian manusia tanya sepatah manusia lain jawab sepatah. Lam otak aku masa tu, aku da nampak bayang-bayang nudget nudget comey je kat skrin terbabit. This is the worst interview session ever~ Malapetaka betul.

Tak penah penah aku wat perangai camni.

Balik je intebiu aku terus je pegi klinik check temperature, entah, sewel da rasanya. Tapi jauh dari sudut ati aku ni, menyesal giler, lalalalalala. Hidup mesti diteruskan.

Pakcik yang gelakkan aku~

Sekian.


Sunday, 17 March 2013

Cik mata yang gedik~

Selamat malam semua~ Bertemu lagi kita di warkah yang unik lagi antik nih, harhar~ Sambil melilau lilau mata ini di layar layar perak, yang semestinya tidak ketinggalan layar astro Ria yang sedang dok pekik pekik, almaklumlah cerita hantu punye pasal, tajuknye 'Nenek Bongkok Tiga', perghhh dasyat giler hantunyer, iskh iskh, Subhanallah~

Sedang dok ralit pekena pencarian kerja baru yang tidak penah bertemu penghujungnye walaupun diri ini telah bekerja, keinginan aku tuk mencari cari pekerjaan yang lebey stabil dan mempunyai lebey masa hadapan masih menebal lam jiwa raga ni, di kala ini bawah mata kiri aku ni asyik dok memperlihatkan kegedikan beliau. Biasanya kalo perasaan gedik bawah mata kiri ni biasanye bagi petanda tak bape baek kat aku sebenarnya, iskh iskh. Ketidakselesaan jugak berlaku, ye la, dok ralit gedik gedik kat mata, mana la selesa mata ni nak menengok citer hantu skang nih, errr~

Ya Allah Ya Tuhanku, lindungi aku dari perasaan dukacita dan juga perkabaran yang tidak baik. Amin YaRabbalalamin.

Sebenarnya aku tidakla terlampau obses ngan kesedihan kegedikan mata ni, tapi bila da tergedik tu nak wat camne iye dop, berserahla pada Tuhan yang maha satu. Sebab setiap yang berlaku mesti sebab dan musabatnye, Ooooo~ Sebenarnye kan kalo tengok dari sudut sains nya, penyakit gedik mata ni ada nama saintifiknya tau, "myokymia", yang diakibatkan oleh perasaan overstress, terlebey depression, kurang tido dan juga disebabkan terlebey minum kopi ker nescafe ker dan lain lain lagi. Jadi sebab mata kiri aku ni dok gedik gedik mungkin sebab sebab ni la, ececece menyedapkan hati nurani sendiri la nampaknyer, errr~

Resolusi yang tidak penah nak berevolusi yang beberapa kerap berlaku minggu ni, almaklumlah surat surat hutang mula mengadap cik tuan yang menghutani nya. Disebabkan banyak panggilan panggilan dari pelanggan pelanggan yang penuh membawa kesulitan kehutanan depa datang menghadap aku dan pabila ia nya perlu diselesaikan secara penuh perakaunannya, maka  ia nya telah pun membawa aku tuk mengenal konsep 'creative accounting', iskh iskh. Kalo bebudak student 'forensic accounting' tahu ni aku mengamalkan dasar 'creative accounting' ni memang sah sah la ada pihak akan buat 'page' anti cik tonah lepas ni, errr famous sangat ker aku nih, ekekeke~ piiiraahhhh~

Kalo gedik agi, meh pakat tutup mata~

Sekian dulu, Hidup mesti mau best~

 

Saturday, 16 March 2013

'CLEANER' nan misteri~

Assalamualaikum semua~ Oh yeah~ Tutup mata bukak mata masuk hari ni da 1 bulan 16 hari da aku bertapak di opis baru aku ni. Alhamdulillah semuanya memang terbaek. Walaupun gaji cume secupak berbanding 3 cupak dri tempat keje lama aku dulu, tapi sememangnyer aku lebey bahagia~ Wah bahagia....tettt~ Hohohoho~ Bahagia di kelilingi buku buku yang menimbun. Mana taknyer, gudang buku mestilah dipenuhi timbunan buku, tapi kalau ia bertukar menjadik timbunan ayam KFC pun ape salahnyer, ia tak, ngehngeh~

Sejak 2 menjak balik kampung ni, banyak jugak pencarian dari bebudak kelas dulu dok mencari cari dan tercari cari diri ini, tapi tk sempat beb, komitmen sebagai seorang anak plus seorang pekerja memang memakan masa melebihi masa tuk diri sendiri. Nanti ada masa aku contact korang balik yer, sila harap bersabar dan bertenang bukan bertendang, haiyaaa~

Tajuk gempak post aku hari ini, "CLEANER nan misteri".

Pelik bebenor tajuk ni nyer iye dop~. Tak la pelik bin ajaib sangat pun, cuma kemusykilan demi kemusykilan, hari demi hari sentiasa melanda diri ini. Adakah aku mula ingin bertukar menjadik seorang penyiasat seperti detektif Conan atau detektif Hajime Kindachi atau sebagainya. Oh mungkin jugak, sikap 'sceptism' yang semakin menebal akibat bekerja berkaitan kewangan melatih diri ini bersikap demikian, errr entah lor~

Begini la cerita nye, kat opis baru aku ada la seorang 'cleaner' lelaki ni, fuhhh, mula mula aku terpandangkan encik beliau, sumpah aku teringat die ni pelakon cerita Korea. Encik beliau memang kelihatan seperti seorang pemuda yang berdarah campuran. Sampai aku ingat encik beliau ni seorang non-muslim sebab wajah kekoreanan nye. Pelik jugakla sebab ape, kalo nak banding ngan opis opis aku dulu kebanyakan 'cleaner' terdiri dari kaum hawa. Jarang la sangat jumpe 'cleaner' seorang lelaki.

Walaupun die ni seorang 'cleaner', yang kerja cume cuci cuci, mop lantai, angkut sampah dan sebagainya, tapi ape yang menghairankan aku, pakaian nye sangat la smart, walaupun cume pakai t-shirt dan seluar jeans serta yang tak penah ketinggalan selipar jepun beliau. Yang dimusykilkan ialah baju yang dipakai encik beliau ni sangatla berjenama disulami jam tangan emas, perghhh~

Kemusykilan lain menerpa lagi, konpuse jugak la yang ni. Encik beliau ni selalu sangat masuk bilik cik bos secara perseorangan. Tak tahu la atas urusan ape, biasanye pekerja laen akan masuk berjumpa cik bos pabila ada tugas yang memerlukan khidmat cik bos tuk membuat keputusan. Kalo difikirkan lebey dalam, encik beliau hanyala seorang 'cleaner' tetapi selalu berjumpa cik bos,urmmm. Kalo nak tahu, cik bos aku ni sangat garang orangnya, kalo tak kena gaya bercakap mesti senang senang jer kena jerkah, heart attack skala mengejut pun buleh terkena. Bertambah aku konpuse, setiap kali mereka berdua lam bilik, mesti cik bos aku tu suh tutup pintu. Bilik bos aku tu memang kalis bunyi, kalo diorang bercakap kalo pintu bertutup memang satu bunyi pun tak kedengaran. Amboi cik tonah kuat betul dok perhati, menyibok jer. Uit bukan menyibok la, da bilik bos  belakang aku jer, nak tak nak nampak jugak bos aku dok dalam tu, da transparent nak wat camne, iskh iskh....

Nak dijadikkan cerita, hari ni encik 'cleaner' ni masukla bilik cik bos aku ni. Tapi yang silap cume satu, die tak ingat tutup pintu. Tapi walaupun tak tutup, suara masih tak kedengaran disebabkan depa ni dok berbisik. Disebabkan aku malas dok layan, aku buat la keje aku cam biasa, tapi masa tu aku ngah print satu 'statement account' ni, cam biasa secara ganasnye aku bangun dari kerusi aku tu tuk pegi amik yang diprint tadi kat printer depan pintu pegawai HR, terbunyi kuat seket la almaklumla kerusi tu cume menunggu masa nak rebah je pon, mungkin sebab terkejut, aku nampak dari cermin transparent bilik bos aku tu, encik 'cleaner' tu terus terbangun dari duduk ngan cik bos aku terkinja cam terkejut giler sebab bunyi kerusi aku tadi. Yang tak tahannye, encik 'cleaner' tu nak cover malu die cam buat buat cam tengah repair je kerusi yang die tengah dok leklok tadi dan akhirnya baru die tutup pintu. Aku yang da tak tahan da masa tu, terus mengilai cam pontianak tak cukup darah. Nasib baek la bilik bos aku tu kalis bunyi, ekekeke~

Ditambah sedikit perisa, bila encik 'cleaner' ni juga selalu jumpe cik penasihat syarikat. Konpuse jugak, sebab ape, bila encik 'cleaner' ni jumpe cik penasihat syarikat, sesape pun tak bley masuk lam bilik cik penasihat syarikat sampai depa habih bercakap. Terkejut jugakla sebenarnye, sebab ada satu hari ni, seorang pegawai opis aku ni tercari-cari encik 'cleaner' ni sampai membawa dia dekat ngan bilik cik penasihat, tapi cik penasihat syarikat langsung tak benarkan cik pegawai ni masuk sampai diorang abih bercakap. Kesian jugak la cik pegawai tu, cam terdesak sangat nak jumpa encik 'cleaner' ni. Muka die memang tengah pikir masalah besaq punye. Macam nak mintak tolong dari cik 'cleaner' tu kot tuk selesaikan masalah die agaknyer. Tapi lebey menghairankan GAYA cik 'cleaner' tu masuk bilik cik penasihat syarikat, biasa bila saya tengok encik 'cleaner' tu akan meluru masuk terlebey dahulu kemudian baru diikuti oleh cik penasihat syarikat dari belakang. Errr, saya pun tak paham dari ape yang saya lihat, adakah perbuatan mereka itu tidak menggambarkan apa-apa jawapan, urmmmm~

Kini aku bimbang, bimbang ape nye cik tonah, ye la aku bimbang jugakla kalau kalau yang encik 'cleaner' tu merupakan seorang spy. Erkkk~

James Bond kah~ Errr......

Sekian dan selamat bekerja~
 


Thursday, 14 February 2013

Penantian: TAMAT~

Salam semua~ Lama tak jumpe~ Errr, jumpe sape pulak cik tonah ni. Bajet giler ade peminat, errrr~ Layannnn...

Sempena 15hb hari ini, 'mentally preparation' dari minggu lepas lagi, bukan ape menunggu nunggu buah yang tunggu masa nak guguq, dan akhirnya lepas dengan jayanya beli ayam 2 ekoq bersama sama ngan adik aku nan terchenta tadi, jeng jeng jeng...


Ayam...? Errr~

Time balik beli ayam tu sume, adik aku pekik, "Nah, result da kuar, cek la....". Lam ati aku sabo je la, dup dap dup dap, baru semalam dok mimpi tak grad. Time tengah dok teragak agi dok bukak page result tu,  tapi jari jemari aku laju jer dok menekan no id ngan kad pengenalan, dan mata aku terus tertumpu tengok status:

COMPLETE!

Jom baling topi~ Yeah~

Oh yeah~ Rasa jantung aku da terkeluar dari badan je time tuh. Iskh iskh~

Mana taknyer da berabad dok tunggu saat bahagia aku ni, mak aih panjang bebenor masa Tuhan nak uji aku tapi alhamdulillah di saat jalan kegelapan aku, kasih sayang Allah itu sentiasa melimpah ruah~

Tetiba: Omak, mane la mak aku ni. Haisy, lupa pulak mak aku da berangkat pegi Mekah. Tapi bimbang jugakla sebab dia tak call, kalut ribut aku dok mencari cari jalan tuk cntact mak aku. Paling lama pun petang ni baru aku tau status mak aku dok kat mane skang. Haisy bimbang aku~ Omak oh omak, saya rindu omak saya~

Disebabkan da grad ngan jayanye, aku mulala nak mensetelkan banyak benda yang tak bape nak settle sejak aku meninggalkan bumi Shah Alam hari tu ngan jayanya, errrr. Kesian bos baru aku tu, terpaksala encik beliau meluluskan cuti aku tuk ke Shah Alam dalam penuh keterpaksaannya. Baru kelmarin je aku wat perangai dok mengumpat cik beliau di samping memasang niat untuk menggerudi spec mata beliau, tapi time aku dok tengah gelak gelak secara besar besaran ngan bebudak opis aku sume bagai tu di atas pemberitahuan niat murni aku tersebut, time tu jugak la sebenaqnye dio dok tercegat belakang aku. Sabo je la. Die dok pasang telinga rupenye, iskh iskh~

Oh yeah, mood tengah berbahagia di samping mood aktif tuk melibas libas jubah konvo, wacaaaa~

Tension: RELEASED~

Perjalanan baru mungkin akan bermula lagi. Sekian~


Wednesday, 6 February 2013

Menunggu dan Ditunggu~

Salam 6hb semua~ Hari ni da genap 5 hr aku mula kan pekerjaan di tempat baru buat kali ke XXX kalinya. XXX melaambangkan da tak terkira bilangannya, ekekekeke. Dan tempat aku bekerja nan sekarang adalah di my lovely hometown. Tapi jawatan yang dipangku adalah jawatan yang sama dan masih juga mengamalkan style pekerjaan yang sama.

Suasana da sah sah berbeza sesangat~ Yang penting "no traffic jam". Say yes for a wonderful life, errr~ Tetiba rasa nak maen kompang, errrr....Tapi the fact is = penat. Errkk~ Keje kat mane mane pun sama jer penatnyer. Insafff~

Kompang di paluuuu pengantin malu~ Errr~

Maap cik tonah, saya nak tanya yang hari tu tercari cari lot kedai kosong tu wat pe yer. Errrr~ Monolog aku sendirian berhad. Sebenarnya impian aku ingin bukak perniagaan sendiri, tetapi disebabkan modal yang tak bape cukup, jadik aku keje la dulu. Bak kata pepatah, simpan seseket lama lama menjadi bukit la ia~

Dalam masa yang sama, aku masih belajar tuk membuat proposal tuk momohon pinjaman dari pihak TEKUN dan jabatan tetapi bukan jambatan yang mempunyai fungsi yang seangkatan dengannya. Dan tetiba jugak aku menjadi seorang yang tekun terhadap pelajaran, errr sah hampeh~

Sebenarnye nak buat sesuatu perniagaan tu tak semestinya ad kedai, buat online pun bley gak. Tapi kegemaran aku semestinya kena ada kedai. Nampak la kekuhan nye seket. Lam masa yang same bley la membukak peluang pekerjaan kat owang laen. Errr tang mane aku nak cekau duit tuk bayar gaji sume bagai tu. Haiyaaa~

Tetiba datang perasaan yang emo emo ini, lalu terkeluarla "statement" yang sebegini:

Kadang kadang kita ni mudah lupa. Lupa sesuatu yang penting buat kita. Kenkadang bila da 'overexcited' nak mempromosikan ape yang nak jual ataupun bercakap tentang wang dan ringgit Malaysia, contohla kan, bila jumpa sanak dan saudara atau rakan rakan, terus masuk topik barangan perniagaan, pelaburan dan hal ehwal keduitan. Errr, da lupa ke nak tanye khabar dan berita utama. Saya tidak nafikan masa itu penting, tapi perlu ker "24 hours of our life" cakap pasal nak jual tu jual ni. Nasihat saya cume sy satu jer:


"MONEY IS NOT EVERYTHING"

Kan best kalo ada sepuluh keping~

Bagi orang tak paham maksud saya memang akan cepat melenting. Paham dalam dalam, Nasihat ni cuma nasihat orang orang yang biasa jer. Saya bukan sasterawan negara pun nak kena bermadah bagai.

Duit memang penting. Semua orang guna duit tuk beli tu beli ni, tapi ingatan saya cuma satu, jangan lupa ada lagi perkara laen yang jika TIADA sure kita rasa tak bahagia. Sekaya mana pun korang nak jadi, ye silakan tkde sape nak halang. Siyes tuk jadi kaya tapi jangan sampai buat aku loya....errr loya buruk...errr.

Amboii tonah, ngah emo bebenor. Takde la sekadar nak memperingati diri sendiri supaya bila aku kaya satgi aku tak lupa diri macam hang~ Errr~

Cakap pasal lupa ni, memang aku lupa, bahwa tajuk aku pada hari ini adalah:

"Menunggu dan Ditunggu"

Takde kaitan ngan matawang dan mata mata gelap dan cermin mata nan gelap.

Errr~~"

Dan sebenarnya~~~~~~Ombakkkkk~

Aku dok berdebarkan menunggu sesuatu~ Tapi tak bley habaq skang nanti tk suprise.

Sekian, errr~

Tuesday, 29 January 2013

Cik Garfield dan Twisties~

Salam penuh kekhilafan tuk semua, oh yeah~

Sejak 2 menjak aku ni mula menyibuk kan diri mencari cari. Err, cari ape ni cik tonah. Hang cari laki ka~ Tetiba aku senyum sengsorang, sah aku terpeliotkan diri di alam arus perasaan. Cettt.

Sebenaqnye aku dok sibok mencari cari lot lot kedai tuk disewa. Ngehngeh~ Sebenarnya baru bercadang tuk survey harga bagai, bak kata owang yang berlalu lalang bukan berlalu pergi, "Buang yang keruh amik yang jernih".

Errr, apakah ini. Konpuse den~

=="

~~"

Ntah aku pun tak paham, ekekeke~

Sebenaqnye aku nak citer pasai laen, da nama tjuk "Cik Garfield dan Twisties", erkk~

Adeii, masalah lalutan yang tak penah berkesudahan. Citer nye berbunyi begini, adala suatu hari yang indah lagi penuh keheningan di waktu dan suatu ketika, ada la seekor kucing ni, wajah nye persis model yang bajet famous di Hollywood di suatu kala dan ketika dulu namanya cik Garfield, maka dan sesungguhnya muncul la cik Garfield ini di hadapan pntu pagar kecik rumahku. Tak tahu la asal usulnye dari mana, tangtu da hampir 25 ekoq kucim yang diternak secara gebu gebuan mula dilepaskan dan diberi kepada pencinta pencinta kucim yang penuh keikhlasan menjaganya, tetiba pulak datangla sekoq kucim ni, sengsorang die je jenjalan sekitar pintu pagar kecik tuh.

Memang gebu, ekoq dia memang ekoq Parsi. Tengok jugak takut takut ada loceng ke ape ke, Sah memang takde. Mak aih, kucim ni cam ada sah taraf kerakyatan je, takpun ade sijil kelahiran, monolog aku sengsorang time tuh. Memang cantik cam kucim beli, tapi malu malu, aku habaq die suh masuk umah, mana tahu die nak berkenalan dengan kucim kucim yang masih berbaki 10 ekoq ja diorang tuh, tp die buat muka cam tak paham je. Ntah ape masalah kucim nih. Ke aku kena speeking nih, ne la th kucim oversea ke ape ke. Tapi lam dok melangun sengsorang depan kucim tuh, baru la aku paham die ni seekor kucim rupenye mana la paham bahasa manusia. Adeii, masalah bebenor.

Aucakkkk~

Di sebabkan si kucim ni persis kucim Hollywood gitu, maka aku pun terpikiaqla, maybe kucim ni makan ayam je tak makan ikan cam kucim kebanyakan. Da ajak die masuk takkan tak di jamu, bak kata owang tua tua zaman dahulu nan kala, kalo ade tetamu tu layanla diorang ngan layanan yang paling terbaek. Jadik dengan penuh kesopanan dan ketatasusilaannye, aku mengorbankan makanan tgh hr aku yang berupa peha ayam lalu dikorbankanlah demi kucim terbabit.

Letak la peha ayam terbabit di hadapan beliau. Nampaknye beliau dok keliling sambil nampak idong beso beliau yang sedang cuba menghidu peha ayam terbabit. Tetiba cik Garfield berpaling sambil mengangkat ekoq Parsinya ngan gedik, maksudnye die memang tknk la ayam terbabit. Ciss~

Demand punye kucim~ Grrrr~

Lalu laju mulut aku habaq kat kucim tu,"Ko keluar sekarang". Tetiba ngan muka merajuk cik Garfield tu berlalu pergi, nampak die tgh lapar. Sebab kan ego tknk makan peha ayam tu, die tetap berlalu pegi sambil buat muka merajuk. Adeii, tapi paham la pulak die bahasa Melayu, kucim Melayu ghupenye, iskh iskh.

Cett~

Suatu petang tu tengah tengah aku dok berguling depan tb, tetiba adik aku ni bawak la sebungkus Twisties yang da beli sebelum tu dari shopping complex yang berdekatan. Perisa keju beb, meleleh air liuq aku di ketika itu. Tengah dok bukak bungkusan Twisties tu, tetiba aku terpasan ade satu kelibat keorenan datang menghala kat aku ngan adik aku ni yang tengah makan Twiesties berperisa keju terbabit.

Tiba tiba die buat suara manja, Meoooowwww~ Mendayu dayu dan berulang ulang~

Adeii, mesti die ni lapo, jadik aku bg lor Twisties keju tu seket kat die, amboi, lepas satu satu die makan, makan ngan lahap, sedih pulak aku tengok. Sampai st plastik Twiesties tu die bedal, sampai abih Twiesties tu die still kuis kuis ag plastik Twiesties tu. Adeiii~ Garfiled oh Garfield. Sabo je la. Nak makan Twisties keju habaqla awal awal~

Mesti mauuu~

Dan kini tetiba pulak kucim ni menjadik warga tegar di teratak umah aku ni, iskh iskh. Sekarang bertambah la lagi ahli keluarga kucim kucim sekalian dan pastinya die selalu tidoq kat situ; merujuk kepada pintu pagaq kecik yang aku 1st jumpe die, angkat masuk dalam pun die still kuar dan tidoq kat situ. Memang tk paham, tkpe la jnji die kucim yang berbahagia~

Dan jugak, kepada adik roomate yang seangkatan dan sejiwa ngan aku yang bakal bertunang 2hb 2 ni, aku ucapkan Selamat Bertunang, maafla sebab aku tak dapat nak datang. Tapi aku akan doakan semuanye selamat. Amin.

Sekian.


Saturday, 26 January 2013

Penaklukan perasaan~

Salam semua~ Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah hendaknya.

Penaklukan perasaan~~" Mak aih tetiba.

Sekarang bahawasanya aku telah melarikan diri dari masalah, ini semua masalah penaklukan perasaan la punya pasal. Siyes satu hari suntuk ni aku sakit kepala. Lam sesakit sakit kepala pun sempat agi pegi interbiu. Aku rasa kali ni ntah ke berapa da aku bertukar keje, aku pun tak pasti. Adakah bertukar keje adalah lumrah cik tonah, haiyaaa, saya pun tk pasti ma, adakah aku tak tahan stress, adeii. Adakah Allah telah memberi signal supaya aku kawen jer, adeii. Mengeluh agi.

Kali ini apala alasannye pulak aku memberhentikan diri ini dari bekerja.

Rindu? 
Ya, saya rndu mak saya

Stress? 
Mana mana keje pun stress

Gaji? 
Oh tidak, gaji aku memang terbaekk

Bos? 
Errr~ Dalam tekak, die baek 

Jadi ape masalah nye. 

Keje banyak? 
Takde la banyak sangat, menimbun je

Mentaliti?
Stabil

Kawen?
Errr~ Komitmen.........Errr~Tukar tjuk please~

Hormon?
Sah, mencarut

Pengaruh sihir?
Haiyaa~Mintak jauh sejauh mata memandang


Adakah aku seorang pelompat keje yang berjaya. Mengikut kata budak umah aku yang tengah amik Master Business skang nih, katanye bebudak muda ataupun nama glamor nye Generasi Y amat suka melompat atau bertukar kerja. Apakah faktornyer, ececece....sudahla malas aku nak pikiaq.

Sekarang ni ntah kenapa, aku mula terpikiaq tuk menukar haluan hidop aku ni. Menda ni asyik bermain main jer la minda aku nih. Ntah betul ke haluannya aku pun tak bape pasti, tapi jauh dari sudut hati aku ni meronta ronta tuk mencuba. Jika itu adalah jalan yang mungkin terbaek bagi aku, ape salahnyer, iye dop. muahahahaha, ketawa penuh kejahatan.

Wish me luck~

Sekian.


Saturday, 12 January 2013

Oh 2013~

Salam 2013~ Amboi da nak abih Jan 2013 ni baru tergedik gedik nak update aku punye blog, adeiii parah parah.

Permulaan nak masuk tahun 2013 yang mega ini, 'time' tu aku dok sibok sibok buat keje, aku dapat la satu panggilan telefon ni, aku mula terkelu dan terkedu, satu 'company' mega menjemput aku tuk interbiu. Adeii, hari interbiu adalah sehari sebelom aku punyer first final exam. Fuuuu~

Kebimbangan aku bercampur baur, ye la mana nak focus keje nye, final examnyer, interbiunyer, diri sendiri aku rasa cam tk terurus je time tuh. Kat tempat keje aku, aku da sure sure aku terpeliotkan diri lam menyibokkan diri sebab terpaksa meng'closing kan baki akaun bagai tu semua. Huahua~ Hidup Memang best, errrr~

Dengan tak buat sebarang 'preparation' yang berpatutan dengan status 'company' mega tersebut, akhirnye da termaktub aku gagal lam interbiu tersebut. Adeiii, betapa besarnya peluang yang aku telah lepaskan. Takdir aku da termaktub lam takdirnya. Subhanallah~

Tapi interbiu tu memang best, ada buat 'test' secibik cam soklan final exam aku- FAR 400. 'Time' aku tengok soklan tu, aku da mula rasa pening-pening da, almaklumla aku da lama tak tengok soklan bagai tu semua. Selain soklan yang bagai FAR 400 tersebut, ada jugak soklan personaliti test. Fuuuu, memang  mencabar aku punyer mencabar mentaliti, Lepas jawab soklan tu bagai, kemudian tu barula aku di bawa masuk ke dalam bilik 'meeting' yang agak lengang, kemudian masuklah seorang perempuan Chinese ni, die memperkenalkan diri sebagai seorang 'team leader'. Masuk je die, memang aku da dapat agak aku akan 'fail' interbiu tersebut. Duduk je kat situ. 'first question' yang keluar dari mulut die,

"Can you tell me the current accounting standard that we use in Malaysian now a day?.....

Errr~ Disebabkan soklan terkeluar dari mulut beliau, aku da nak tergelak da. Kenapa aku nak gelak sebab 'lecturer' aku baru ajar lam kelas malam minggu sebelum tu. Masa tu aku baru fikir, nasib baek la aku pegi kelas masa tu, tak la aku malu sesangat depan encik 'team leader' time tuh. MFRS.....jawab aku. Dengan 'elaboration' yang berpatutan, lulus la soklan pertama tu. Tapi bila da masuk soklan kedua tu perasaan aku da nak serba pitam nan hitam legam da, rasa macam otak ni da berpinar pinar cam gasing ngan dok berputar je, Die tanye pasal FRS, lam bebanyak FRS aku cume ingat satu FRS ni je: FRS 100. Lam hati aku time tuh, memang berpeluh, rasa nak lari pegi keluar bilik meeting tu dengan pekik pekik histeria.

Dengan pelbagai soklan yang berbagai selaras ngan kengerian 'accounting principle' itu sendiri, aku pun da ingat ingat lupa da, sampai bley terkeluar dari mulut aku ni,"I don't know", satu sejarah bagi aku sebab selama aku meng'interbiukan diri selama ni aku tak penah terkeluarkan ayat bagai ni.

Fuuuu, satu keluhan demi keluhan je keluar dari diri aku ni.

Balik je interbiu tu, aku terus je bukak buku tuk 'study', almaklumla keesokkannyer tu aku ada 'exam paper' yang perlu dihadap. Alhamdulillah, jawab dengan habis jayanya. Pastu keesokannyer terus pegi keje, cik bos memang tengah menanti aku di muka pintu opis dengan muka penuh misteri, die panggil aku masuk bilik beliau dan 'finally' keje yang aku buat berhempas pulas nyer die campakkan je depan aku.

Bila aku cek, dengan aku tak sedar nye banyak giler kesalahan, padahal aku da 'double check' dan kemudian di 'double check' lagi sekali oleh 'senior staff' kat situ. Fuuuu, masa tu aku da rasa 'down' giler da. Masa tu jauh dari sudut hati aku, aku da taknak da keje berkait ngan akaun ni. Aku yang masih dalam kebluran nyer dan kebingunannya, aku dikejutkan pulak ngan masalah dari keluarga aku, ntah la dari mana masalah tu datang aku pun tak tahu. Sabo je la~


Oh 2013~ Fuuuu~


Periuk tekanan pun tak bertekanan tinggi macam aku ni, balik je keje ari tu, aku da jadik 'speechless..........................'

Spechless.................

Nasib ada 'gap' panjang tuk 'second final paper', aku ambik masa tu tuk tenangkan diri, aku tak bercakap langsung ngan budak umah aku, balik keje aku terus tido. Banyak benda yang aku pikir, ntahla, tapi alhamdulillah, Allah masih kuatkan semangat aku ni tuk teruskan hidup. Kesian kat diorang dok pikir, hehe, tapi aku tetapkan sayang kan diorang diorang ni terutamanya 'my lovely roomate' yang sorang tu sabo je ngan aku ni. Peace beb~

Dengan berbaki satu lagi 'assignment', sebab bosan dok mencari idea nan bernas tuk siapkan nye, maka berlalu lalang la aku kat blog ni, huahua~

Maka dengan itu sekian sahaja la tuk kali ni~ Hidup mesti best~Sekian.


Running Man Addicted

Running Man Addicted