Saturday, 15 December 2012

Encik MelaUN~

Salam sejahtera semua, mak aih, lama bebenor tggu encik 'broadband' ni aktif balik dan dengan demikian berhabuk la keblog'an ku, muahahaha~

Sekarang ni tinggal 2 minggu terakhir agi kelas pengajian malam aku nak berakhir, cume nak cakap betapa pantasnya masa dok lalu, mak aih, lepas 2 minggu je lagi, aku terus meng'finalkan diri, tkde cecuti sem ni semua. Dan dalam 2 minggu terkahir ni jugak, maka dengan sesumgguhnya, semua test test dan esaimen esaimen perlu dihadapi dengan relanya. Rasa nya da jadi anggota RELA yang tegar pun ada da, muahaha~ mak aih ape la nasib, Lepas abih minggu akhir terus kedebap kena hentam ngan final, beza 'last class' ngan hari 'first final exam' aku, cuma la 3 hari. Aiyooo, ape menda la aku bley buat lam 3 hari tu, dengan keje nya, nmpaknye aku kena mengadap penuh adap lagi kesopanan la depan encik bos aku tu, haiyaaaa, cik mengeluh datang lagi.

Merujuk kepada tajuk 'title' aku yang sure meng'suspenkan diri beliau kan keluarga beliau sendiri, dengan ini saya nak pi habaq nyer, tiba-tiba pada suatu hari.....jeng jeng jeng....bukan traffic jam maaa~
abang aku ni dapat la satu panggilan dari seorang mencik polis ni, yang mengatakan aku si tertuduh terbabit dalam satu kes penipuan di internet.

Aiyoo manyak konpuse maaa~

Mencik polis itu berkata lagi, yang nama dan pengenalan aku telah didaftarkan di atas nombor talian sekian sekian sekian, pastu nombor yang didaftarkan atas nama dan IC aku tu digunakan tuk tujuan penipuan di internet. Pahtu setelah aku berjaya meng'detect' apakah nombor itu, maka dengan sesungguhnya, memang la aku tak penah sepanjang hayat pun kenal nombor tersebut apatah lagi dok nak menipu orang ni semua bagai.

Haiyaaa,manyak sedih maaa~ MelaUN mana la yang sanggup guna nama aku ngan IC aku tuk kes tipu menipu ni. Yang 'effect'nye da tentu tentu la aku. Ye la jadik suspek pulak tu IC aku pulak di'blacklist'kan oleh semua talian telekomunikasi kat senantero Malaysia ni.

Siyes  aku sumpah orang yang buat keje bodoh ni jadik 'KATAK'

Kepada encik 'Melaun' tersebut sila bertukar menjadik cik si katak ini sekarang jugak~

Nasihat saya, jangan terlebey fotostet IC mahupun terbagi memane fotostet IC anda kepada orang orang yang anda tidak kenali, mahupun orang itu adalah sahabat atau sedara mara anda sendiri. Sebab ngan salinan IC tu jer makhluk Tuhan macam 'encik melaUN' kita ni buley buat memacam contohnya daftar talian telefon tuk buat keje keje tipu menipu ni semua.

Sila doakan saya tuk keluar dari belenggu kejahatan orang yang tidak dikenali ini dan' for sure for my final exam'. Doa anda merupakan kekuatan saya.

Sekian saje tuk post hari ini yang bertekanan periuk tekanan tinggi ini. Sehingga kita berjumpa lagi. Salam~


3 comments:

fifie said...

Serius juga kes nie. Bukan kes ringan nie, nanti ada yang tersilap tuduh tu awak. harap selesaikan dengan cepat dan bersabar ye

hassy chan said...

pergh.. bwk bsabar ye.. melaun tu nt dpt gak blsnnya.. konpem!

sayA tonaH said...

fifie: tq fifie

sabar sesangat da rasanya ni

hassy: biarla tuhan membalasnya

orang macam ni memang tak lama

Running Man Addicted

Running Man Addicted