Tuesday, 18 December 2012

Sengaja.....?

Salam sejahtera semua~ Tetiba plak rajin je menjenguk cik blog aku hari ni yerkk muahahahaha~ Keabnormalan menjelma, oh yeah, disebabkan bosan + takde idea + tkde mood dalam membuat 'assignment' aku yang berbagai jenis ni, jadi dengan sesungguhnya perasaan tuk menjenguk cik blog aku ni pun menjelma.

Title: Sengaja...............???~ Tettt..............

Entahla, perasaan aku ni membuak buak ingin berbicara. Aku tak pasti la, sama ada aku ni 'over'sensitip ke ape ker, tapi...............

Ni la aku habaq sat, ada la sorang budak 'housemate' aku ni, aku tak tahu kenapa, setiap kali aku balik sama ada dari tempat keje ke dari kelas ke, mesti dia 'rushing' nak ke bilik air, walhal aku rasa die ni dok umah lama je dari aku.

Ikhlas la aku nak bagitahu, aku bila da balik kerja waktu petang, aku memang tersangat la 'rushing' tuk mandi, ini disebabkan aku akan solat Asar kat umah. Takkan nak solat berbau colok Cina bagai tu semua. Korang pun tahu la, aku keje kat 'company' Cina, jadik aku cuma berani tuk mintak solat Zohor je la, tu pun bos aku macam nak bagi dan tak bagi je. Aku tak kisah la semua bagai tu kan, asalkan aku dapat solat Zohor dengan selamatnya. Jadik aku memang akan ter 'over rushing' tuk mandi sebab waktu aku balik tu pun memang selalunya da nak Magrib da pun.

Ada satu hari tu la aku nak cerita, aku balik dari kelas, hujan lebat giler, melenjun baju aku membasah, balik balik je, sure sure la mesti nak mandi bagai semua kan, bayangkan aku jejakkan kaki je pastu sesiap nak pegi mandi, tetiba la cik 'housemate' aku ni terkedek kedek pegi nak mandi. Bayangkan dok menunggu die mandi, dari baju aku menitik sebab basah melenjun sampai ke kering, barula aku dapat mandi. Siyes aku bengang, aku tak pasti cik 'housemate' aku perasan ke tak atau memang die sengaja dia buat macam tu, tapi hakikatnya; I DON'T KNOW~

Bukan sekali, tapi selalu da la jadi macam ni. Jauh dari sudut hati ini, aku amat terasa dan kenkadang aku rasa langsung tak nak pandang muka dia. Pandang je, sure hati aku da hangin dan merusuh bagai semua.

Disebabkan nak mengekalkan kedamaian rukun tetangga, aku diamkan jua~

Please.............................Be more consider~ I'm know that i'm not worth to be reconsider at all but I'm also a human being.

Sensitip sangat ke aku ni. Hakikat: Sharing is about caring. Disebabkan berkongsi, aku cuma mampu untuk memendam rasa. Jadi aku positipkan diri yang bahawasanya dia memang tak sengaja. I hope so.....

Kenkadang aku nak plak tergelak sendiri bagai, pasal bilik air pun aku nak sensitip bagai, please la cik tonah. Biasala tu idop, da adat kehidupan kenkadang ada naik turunya. Sabar je la.

Huarrrggghhhh~~~~

Positifkan diri dan hiasi perilaku peribadi. Sekian.


Saturday, 15 December 2012

Encik MelaUN~

Salam sejahtera semua, mak aih, lama bebenor tggu encik 'broadband' ni aktif balik dan dengan demikian berhabuk la keblog'an ku, muahahaha~

Sekarang ni tinggal 2 minggu terakhir agi kelas pengajian malam aku nak berakhir, cume nak cakap betapa pantasnya masa dok lalu, mak aih, lepas 2 minggu je lagi, aku terus meng'finalkan diri, tkde cecuti sem ni semua. Dan dalam 2 minggu terkahir ni jugak, maka dengan sesumgguhnya, semua test test dan esaimen esaimen perlu dihadapi dengan relanya. Rasa nya da jadi anggota RELA yang tegar pun ada da, muahaha~ mak aih ape la nasib, Lepas abih minggu akhir terus kedebap kena hentam ngan final, beza 'last class' ngan hari 'first final exam' aku, cuma la 3 hari. Aiyooo, ape menda la aku bley buat lam 3 hari tu, dengan keje nya, nmpaknye aku kena mengadap penuh adap lagi kesopanan la depan encik bos aku tu, haiyaaaa, cik mengeluh datang lagi.

Merujuk kepada tajuk 'title' aku yang sure meng'suspenkan diri beliau kan keluarga beliau sendiri, dengan ini saya nak pi habaq nyer, tiba-tiba pada suatu hari.....jeng jeng jeng....bukan traffic jam maaa~
abang aku ni dapat la satu panggilan dari seorang mencik polis ni, yang mengatakan aku si tertuduh terbabit dalam satu kes penipuan di internet.

Aiyoo manyak konpuse maaa~

Mencik polis itu berkata lagi, yang nama dan pengenalan aku telah didaftarkan di atas nombor talian sekian sekian sekian, pastu nombor yang didaftarkan atas nama dan IC aku tu digunakan tuk tujuan penipuan di internet. Pahtu setelah aku berjaya meng'detect' apakah nombor itu, maka dengan sesungguhnya, memang la aku tak penah sepanjang hayat pun kenal nombor tersebut apatah lagi dok nak menipu orang ni semua bagai.

Haiyaaa,manyak sedih maaa~ MelaUN mana la yang sanggup guna nama aku ngan IC aku tuk kes tipu menipu ni. Yang 'effect'nye da tentu tentu la aku. Ye la jadik suspek pulak tu IC aku pulak di'blacklist'kan oleh semua talian telekomunikasi kat senantero Malaysia ni.

Siyes  aku sumpah orang yang buat keje bodoh ni jadik 'KATAK'

Kepada encik 'Melaun' tersebut sila bertukar menjadik cik si katak ini sekarang jugak~

Nasihat saya, jangan terlebey fotostet IC mahupun terbagi memane fotostet IC anda kepada orang orang yang anda tidak kenali, mahupun orang itu adalah sahabat atau sedara mara anda sendiri. Sebab ngan salinan IC tu jer makhluk Tuhan macam 'encik melaUN' kita ni buley buat memacam contohnya daftar talian telefon tuk buat keje keje tipu menipu ni semua.

Sila doakan saya tuk keluar dari belenggu kejahatan orang yang tidak dikenali ini dan' for sure for my final exam'. Doa anda merupakan kekuatan saya.

Sekian saje tuk post hari ini yang bertekanan periuk tekanan tinggi ini. Sehingga kita berjumpa lagi. Salam~


Running Man Addicted

Running Man Addicted