Sunday, 25 November 2012

Kerja kerja dan bekerja~

Salam semua kejiranan dan ketanggaan blog blog mahupun web web di alam maya ini sekalian, tidak lupa juga para para pembaca blog meskipun bukan lagu syair si pari pari......uittt....apakah ini....? Harhar kepeningan masih melanda. Kira kira hari, tidak lupa juga bulan, hari ni da nak ujung bulan 11 da, 25hb, mak aih cepatnya masa berlalu. Aku rasa dari aku buat cuti bersendirian berhad hari tu sampaila aku stat kerja di tempat nan baru sekarang ni, langsung aku tak menyempat nak meng'update' cik blog mundar mandir aku ni.


Ni nak karaoke ke ape ni~

Ye la asyik dok memundar mandirkan diri tak keruan je di ruangan opis yang berbentuk segi empat aku tu, adeiii, rasa keabnormalan semakin menjelma. Kerja lagi kerja kerja dan kerja akhirnya bekerja, adeiii, mengeluh lagi. Betapa sunyi nya hidup ku di saat dan ketika tiada blog. Broadband plak buat masalah kronik, handset yang terjatuh buat kali ke 110 kalinya juga nya semakin kronik, maka aku pun dapat merasakan diri ini semakin kronik. Maka dan sesungguhnya aku mula dijangkiti oleh virus kronik ini yang dalam diam mulai tuk membiakkan diri beliau, oh hidup tak selalu nya ada pelangi, mendung ada da~

Nak diceritakan serba sedikit kerja di tempat aku, terbahagi kepada dua bahagian, bahagian admin dan bahagian perakaunan. Da semestinya aku dok di bahagian tegar aku, akaun da. Haiyaakkkk~ Bahagian akaun, tidak diceritakan lebih atau kurang, i'm the only Malay. Nasib baek ade 2 Melayu kat bahagian admin, ada juga la yang spesis ngan aku, tapi alkisahnya kami jarang jumpa sebab da sah sahla keje aku hanya tertumpu pada bahagian perakaunan. Pekerjaan utama; buat 'full set of account' setelah sekian lama membabitkan diri dengan 'account payable and general ledger session', dan akhirnya membuatkan aku rasa perasaan ini semakin bertambah sadis dan rasa musykil akan hala tuju idop aku sendiri. Masalah tegar yang dihadapi oleh aku sudah semestinya masalah bahasa, diorang kurang memahami bahasa Melayu juga bahasa Inggeris, tapi diorang mencuba,' it's a good thing' la pasal diorang ni.

'First time' aku jumpa depa, perasaan yang langsung tak dapat dikikis, adalah perasaan ini: JANGGAL, ye la mana tak nya, mula mula masuk da kedengaran lelagu nan cina, diorang bercakap pun dalam bahasa hokkien, kalo mandarin bley la sesikit aku paham, tapi hokkien = tettt, langsung tk paham. Alkisahnya, aku sendiri dan diorang juga sedaya upaya mencuba tuk menyesuaikan diri, mula mula memangla janggal, aku pandang ko, ko pandang aku, kenkadang aku rasa aku ni alien pun ada. Harhar~ Tapi, alhamdulillah, pelangi yang kabur kabur tu 'still' kelihatan.

Say peace to this alien, aaaa?

Begitula cerita walaupun akarnya cuma sejengkal, disebabkan kekangan masa yang tak mencukupi ni, terpaksala aku ucap selamat dulu. Sekian semua~Da~


5 comments:

hassy chan said...

haha.. xpe.. blaja bhsa hokkien plak.. 1 malaysia maaaaa

Ash-The-Latitude said...

Ala kesiannya tapi actually best gak dpt keja ngan cina ni.xpenah rasa lagi tp denga kata mmg berbezala kalau dibanding keja ngan org melayu. but i think if i'm in ur shoes i wont have any problem kot coz my father chinese..bley faham sikit2 hokkien,kantonis n mandarin w/pun tak pass cakap :):):)

visitme@FaTiN cOrNeR said...

all the best kat tempat baru cik tonah!! hehe..

Nizam Ijam said...

tgok gmbr rasa nk karok..hehe

saya dah update :)

sayA tonaH said...

hassy: tu la rs kena ubah paradigma diri da ni

ash: sila ajr kan sy bhs hokkien ni agr idop sy lebih tenang dan damai

muahaha

fatin: tq fatin, wish me all the luck

nizam: jom karoke

Running Man Addicted

Running Man Addicted