Wednesday, 24 October 2012

Sweet Potato~

Salam hari Rabu semua~

Kejap jer masa berlalu, da nak beraya da rupanya~ YEAY~

Disebabkan kebelakangan ni, kampung aku ni asyik hujan je memanjang, maka aktiviti memakan 'sweet potato' oleh aku pun menjadik semakin berleluasa. Harharhar~

Sedap~ Wink~

Laen orang laen gaya. Tapi yang paling jadik 'favourite' aku la, aku suka rebus je menda alah ni. Tapi ramai jugak yang membakaqnye.Ada kawan aku penah citer yang bapak die penah bakaq 'sweet potato' ni lam tanah, die kata rasanyer lagi perrrghhh~ Makan pulak di waktu malam nan bertemankan bulan, pastu ditemani la pulak hawa sejuk malam nan sepi, lagi bes kalo masa tu hujan renyai-renyai. Pergghh hidup ni rasa nyaman giler.

Dipendekkan citer, bila aku nampak je hujan kian melebat kat luar umah aku, ape agi, aktiviti merebus 'sweet potato' pun dimulakan.

Aku suka sangat bila tang masa makan 'sweet potato' tu, asap dari 'sweet potato' tu kuar berasap asap, aku rasa masa tu saat yang paling indah n sweet rasanya, mana tak nya, asap yang kuar dari 'sweet potato' tu sangatla harum sesangat. Perrggghhhh~

Sah aku ni seorang penggila 'sweet potato' di saat dan ketika hujan menerpa ke ruang angkasa bumi kita ni. Harhar~ Time laen, kureng la seket. Erkkk~

Biasanya kalo da suka, memang sah sah la aku akan ter'over' banyak masak benda alah ni, jadik tuk aku mengelakkan sebarang pembaziran yang tak berapa wajar bukan kete nan Waja, hehe, maka aku pun membentukkanlah ia menjadik kuih si cek mek molek.

'Sweet potato' yang lebey tu, aku terus penyek penyek kan ia lalu ditambah sedikit tepung, lalu di guling guling kan ia. Sesudah itu aku sumbat la gula dan ape agi, goreng la ia. Huahua, besssst sesangat~ Hohoho horlick~

Perghhh sangat best bila makan time panas panas~

Di saat aku dok mentelaah rongga rongga 'sweet pototo' tersebut di selang seli asap asap yang mengharum, maka tetiba teringat pulak la aku kat 'Sweet Potato Couple' ni. Lam bebanyak 'We Got Married' punye episod, aku tak tahu la, yang paling melekat lam jiwa raga aku ni adalah pasangan dua sejoli ni la; Yonghwa with Seohyun. 


Ni la 'sweet potato couple'

Tapi dari kebanyakan feedback member member aku sume lebey suka kan pasangan Nichkhun together with Victoria. Romantik katanya, hehe memane la. Sume nye memang best, hehe~

Peace~ Nichkhun with Victoria~

Mood sekarang, nak tengok movie. Yeah jom tengok sesame~

Sekian la dulu. Da~

 

3 comments:

visitme@FaTiN cOrNeR said...

arghh..ada nickhun disitu.. aku pnh tgk we got married sekali je.episod nickhun.tp separuh je sbb jeles tgk die dgn aweks tu..kui2..poyo x?

sayA tonaH said...

fatin: sama la aku pun jeles ngan mencik victoria tu

harhar~

hassy chan said...

ak pun ska seo hyun ngn yong hwa.. malu2 kucing gitu hahahaha

Running Man Addicted

Running Man Addicted