Tuesday, 23 October 2012

Kad Siswa + Part-time Student~

Salam Hari Selasa semua~

Huuuu sehari suntuk aku dok mengemaskan blog aku ni. Amacam ok tak. Fuuuu~ Abih hilang habuk habuk yang membuatkan aku batuk batuk. Uuuhuuuksss~

Kad Siswa + Part-time Student~

2 3 menjak ni, tergiang giang di gegendang telinga aku ni pasal satu kad ni, nama kad ni Kad Siswa 1 Malaysia (KDS1M). Aku rasa kad ni da menjadik sebutan di bibir bibir setiap insan yang bergelar  'student' yang belajar kat Malaysia sekarang ni.

Ni la rupenye, tq cik google

Disebabkan aku masih bergelar seorang 'student', maka aku pun tertanya tanya la jugak pasal kad nih. Tapi pabila aku men'google'kan diri meng'search'kan diri ini tuk maklumat lanjut pasal kad ni, maka tahulah aku bahawa kad ni hanya 'available for full-time only'.

Erkk sadis aku~

Ni la maklumat yang aku dapat kat 'web page 1 Pengguna' ni, ni link die:


------------------------------------


KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
  • Pengajian sepenuh masa; dan
  • Warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.


---------------------------------------


Maksudnya bebudak 'part-time and overseas students are excluded' ker. Uhuuuu~

Ni la aku nak habaq, sebenarnya aku memang amat kepinginkan kad ni. Memang la tidak dinafikan yang aku ni da bekerja, malam pulak wat part-time belajaq, dalam masa yang sama merupakan seorang perantau di negeri orang, jadi aku amat amat lah kepingin tuk memiliki kad ni.

Ye la cuba korang pikir la kalo korang berada kat tempat aku, sebagai seorang pekerja di salah satu 'private company', da sah sah la aku tak dapat buat 'overtime (OT), sebab terpaksa pegi kelas di malam hari nya, da sah sah aku hanya dapat gaji 'basic' jer. Kalo nak dikira gaji basic aku berapa la sangat, memang cukup cukup makan jer, nak bagi mak kat kampung agi, bayar sewa umah, bayar yuran pengajian, beli tiket bas balik jenguk mak lagi, bayar tu bayar ni dan bla bla bla. Realiti beb~ Banyak menda nak kena bayar, sampai kenkadang tak tinggal sebarang 'saving' pun.

Nak dapat kan duit secupak pun, manyak rasa dirasa beb. Kena maki sana kena maki sini, bukan senang nak dapat kan duit rupenya. Tu la, betapa besarnya pengorbanan mak ayah kita mencari duit tuk membesaqkan kita.

Kalo aku dapat kad ni, aku rasa aku la makhluk Tuhan yang paling gembira aku rasa, ye la dapat gakla aku menanggung kos hidup aku yang da tak tertangung da ni. Harhar, life is quite hard, yeah~

Tetiba, masa aku meng'google'kan diri ini, jeng jeng jeng, maka dengan sesungguhnya aku terjumpala satu 'article' ni.

ni link die:


..................................................

Discounts & Offers: 1Malaysia Student Discount Card 


skip Paragraph.....
Govt to extend 1Malaysia discount card to overseas and part-time Malaysian students
KUALA LUMPUR: Malaysians studying overseas and part-time students at higher learning institutions will soon be able to enjoy the benefit of the 1Malaysia Student Discount Card (KADS1M).


"However, after receiving positive feedback, the ministry is considering to extend the scope to include overseas, distance-learning and part-time students.

Rohani added that 927,397 cards have been distributed and students who had applied could collect their card by the end of the month.
1Malaysia student discount cards are being distributed in batches to students at local public universities since September while local private universities, colleges and other higher education institutions from October 2012 onwards. 

 skip Paragraph.....

............................................


Dan dalam 2 minit yang lepas, kawan 'part-time student' yang sama belajar ngan aku pun mesej, 
"Uit, aku da dapat da la kad siswa tuh. Aku da amik kat unit hal ehwal pelajar (HEP) da pagi tadi", kata cik beliau kepada diriku. Erkkk~ Glurrrrp~

Aku yang tetiba menulis entri ni yang nak bagai nak raknya ni, tetiba .....Errrr~

Berlari gak aku ke fakulti lepas raya ni. Harharhar~

Mood: Flying to Faculty. Yeahhhh~

Sekian.


0 comments:

Running Man Addicted

Running Man Addicted