Thursday, 25 October 2012

Selamat Hari Raya Korban~

Salam semua~ Iskh iskh esok da nak raya da~ Di kesempatan yang masih menyempat nih, aku nak lor mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidiladha a.k.a Korban yer semua~



Oh Yeah~

Sebut pasal nak raya ni, aku rasa dari 'time' aku bangun dari tido pagi tadi sampai lor aku mentelaah diri ke alam blog aku ni walau sekelumit waktu cuma ni, ketung ketang bunyi dapur dihasilkan oleh aku.

Iskh iskh sadis aku~

Penat rongga rongga jejari aku dok memotong dan mengupas bagai semua jenis bawang bawang dan tidak juga dilupakan ngan sayur sayuran yang berbagai jenis tu semua. Semua nya tuk keperluan tuk hari raya esok, adala mak aku wat korban kecik kecik lan, together la sekali ngan aqiqah anak buah aku, lusa pulak tu, uhuuu~ 2 hari nak memasak ngan skala yang beso memang menguji kesabaran, rasa nak maen je baling baling bebawang tu semua. Harharhar~ Tak pepasal kena baling balik ngan mak aku da~


Tunggang langgang aku punyer terung bulat nih~

Ntah menda la aku nak wat ngan semua bagai ni yer~ Ahaaa~ Ni pun macam tak cukup je kan kan kan~

Seni mem'potong yang tak berapa macam ni la hasilnya~ Bawang putih pulak seket tu jer yang ade, abihla~

Penat la jugak. Mana tak nyer aku ngan mak aku jer. Nak sedia tu agi ni lagi, periuk periuk mula berkeriuk keriak keluar dari kabinetnyer, umah yang tak berkemas bagai lagi. Haiyaaa~ Adik aku baru je balik petang tadi, sama la ngan abang aku. Nasib baek umah aku da bersihkan seket seket dulu sebelum ni. 'Assignment pun da siap sedia tuk print jer, jenuh aku 'stay up' malam tadi semata mata nak siap kan assignment tu semua bagai. Nasib baekla 'Kabhi Kushi Kabhie Gham' bersedia menemankan aku. Tapi ada agi la yang tak siap, uhuuuu masa memang mencemburui diriku.

Malam ni aku tak sabor sabor nak mengasah semua saiz pisau yang ada kat umah aku ni. Ye la tak sabor aku nak mempotong dedangingan nan manis itu.

Sebelum mak aku bukak puasa tadi, sempat agi aku 2 3 round gaduh ngan die, bukan pasal pape pun, pasal nak buat sambal belacan jer.

Sambal belacan oh sambal belacan~

Ye la mak aku kan berteknik teknik seket, aku pulak jenis yang maen campak campak jer. Satu dari teknik yang mak aku biasa lakukan tuk wat sambal belacan ni, dia biasanya bakor je belacan dan bebawanan tu atas api, nak mengekalkan rasa katanya. Adeii jenuh aku dok membakaqnyer, tapi hasilnya, memang terbaek.

Syahdu la pulak dok mendengaq takbir raya nih. Huuuu, pape hal pun, sekali agi nak mengucapkan Selamat Berkorban la yer semua, dan niatkanlah ia kerana Allah.

Sekian.


Wednesday, 24 October 2012

Sweet Potato~

Salam hari Rabu semua~

Kejap jer masa berlalu, da nak beraya da rupanya~ YEAY~

Disebabkan kebelakangan ni, kampung aku ni asyik hujan je memanjang, maka aktiviti memakan 'sweet potato' oleh aku pun menjadik semakin berleluasa. Harharhar~

Sedap~ Wink~

Laen orang laen gaya. Tapi yang paling jadik 'favourite' aku la, aku suka rebus je menda alah ni. Tapi ramai jugak yang membakaqnye.Ada kawan aku penah citer yang bapak die penah bakaq 'sweet potato' ni lam tanah, die kata rasanyer lagi perrrghhh~ Makan pulak di waktu malam nan bertemankan bulan, pastu ditemani la pulak hawa sejuk malam nan sepi, lagi bes kalo masa tu hujan renyai-renyai. Pergghh hidup ni rasa nyaman giler.

Dipendekkan citer, bila aku nampak je hujan kian melebat kat luar umah aku, ape agi, aktiviti merebus 'sweet potato' pun dimulakan.

Aku suka sangat bila tang masa makan 'sweet potato' tu, asap dari 'sweet potato' tu kuar berasap asap, aku rasa masa tu saat yang paling indah n sweet rasanya, mana tak nya, asap yang kuar dari 'sweet potato' tu sangatla harum sesangat. Perrggghhhh~

Sah aku ni seorang penggila 'sweet potato' di saat dan ketika hujan menerpa ke ruang angkasa bumi kita ni. Harhar~ Time laen, kureng la seket. Erkkk~

Biasanya kalo da suka, memang sah sah la aku akan ter'over' banyak masak benda alah ni, jadik tuk aku mengelakkan sebarang pembaziran yang tak berapa wajar bukan kete nan Waja, hehe, maka aku pun membentukkanlah ia menjadik kuih si cek mek molek.

'Sweet potato' yang lebey tu, aku terus penyek penyek kan ia lalu ditambah sedikit tepung, lalu di guling guling kan ia. Sesudah itu aku sumbat la gula dan ape agi, goreng la ia. Huahua, besssst sesangat~ Hohoho horlick~

Perghhh sangat best bila makan time panas panas~

Di saat aku dok mentelaah rongga rongga 'sweet pototo' tersebut di selang seli asap asap yang mengharum, maka tetiba teringat pulak la aku kat 'Sweet Potato Couple' ni. Lam bebanyak 'We Got Married' punye episod, aku tak tahu la, yang paling melekat lam jiwa raga aku ni adalah pasangan dua sejoli ni la; Yonghwa with Seohyun. 


Ni la 'sweet potato couple'

Tapi dari kebanyakan feedback member member aku sume lebey suka kan pasangan Nichkhun together with Victoria. Romantik katanya, hehe memane la. Sume nye memang best, hehe~

Peace~ Nichkhun with Victoria~

Mood sekarang, nak tengok movie. Yeah jom tengok sesame~

Sekian la dulu. Da~

 

Tuesday, 23 October 2012

Kad Siswa + Part-time Student~

Salam Hari Selasa semua~

Huuuu sehari suntuk aku dok mengemaskan blog aku ni. Amacam ok tak. Fuuuu~ Abih hilang habuk habuk yang membuatkan aku batuk batuk. Uuuhuuuksss~

Kad Siswa + Part-time Student~

2 3 menjak ni, tergiang giang di gegendang telinga aku ni pasal satu kad ni, nama kad ni Kad Siswa 1 Malaysia (KDS1M). Aku rasa kad ni da menjadik sebutan di bibir bibir setiap insan yang bergelar  'student' yang belajar kat Malaysia sekarang ni.

Ni la rupenye, tq cik google

Disebabkan aku masih bergelar seorang 'student', maka aku pun tertanya tanya la jugak pasal kad nih. Tapi pabila aku men'google'kan diri meng'search'kan diri ini tuk maklumat lanjut pasal kad ni, maka tahulah aku bahawa kad ni hanya 'available for full-time only'.

Erkk sadis aku~

Ni la maklumat yang aku dapat kat 'web page 1 Pengguna' ni, ni link die:


------------------------------------


KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
  • Pengajian sepenuh masa; dan
  • Warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.


---------------------------------------


Maksudnya bebudak 'part-time and overseas students are excluded' ker. Uhuuuu~

Ni la aku nak habaq, sebenarnya aku memang amat kepinginkan kad ni. Memang la tidak dinafikan yang aku ni da bekerja, malam pulak wat part-time belajaq, dalam masa yang sama merupakan seorang perantau di negeri orang, jadi aku amat amat lah kepingin tuk memiliki kad ni.

Ye la cuba korang pikir la kalo korang berada kat tempat aku, sebagai seorang pekerja di salah satu 'private company', da sah sah la aku tak dapat buat 'overtime (OT), sebab terpaksa pegi kelas di malam hari nya, da sah sah aku hanya dapat gaji 'basic' jer. Kalo nak dikira gaji basic aku berapa la sangat, memang cukup cukup makan jer, nak bagi mak kat kampung agi, bayar sewa umah, bayar yuran pengajian, beli tiket bas balik jenguk mak lagi, bayar tu bayar ni dan bla bla bla. Realiti beb~ Banyak menda nak kena bayar, sampai kenkadang tak tinggal sebarang 'saving' pun.

Nak dapat kan duit secupak pun, manyak rasa dirasa beb. Kena maki sana kena maki sini, bukan senang nak dapat kan duit rupenya. Tu la, betapa besarnya pengorbanan mak ayah kita mencari duit tuk membesaqkan kita.

Kalo aku dapat kad ni, aku rasa aku la makhluk Tuhan yang paling gembira aku rasa, ye la dapat gakla aku menanggung kos hidup aku yang da tak tertangung da ni. Harhar, life is quite hard, yeah~

Tetiba, masa aku meng'google'kan diri ini, jeng jeng jeng, maka dengan sesungguhnya aku terjumpala satu 'article' ni.

ni link die:


..................................................

Discounts & Offers: 1Malaysia Student Discount Card 


skip Paragraph.....
Govt to extend 1Malaysia discount card to overseas and part-time Malaysian students
KUALA LUMPUR: Malaysians studying overseas and part-time students at higher learning institutions will soon be able to enjoy the benefit of the 1Malaysia Student Discount Card (KADS1M).


"However, after receiving positive feedback, the ministry is considering to extend the scope to include overseas, distance-learning and part-time students.

Rohani added that 927,397 cards have been distributed and students who had applied could collect their card by the end of the month.
1Malaysia student discount cards are being distributed in batches to students at local public universities since September while local private universities, colleges and other higher education institutions from October 2012 onwards. 

 skip Paragraph.....

............................................


Dan dalam 2 minit yang lepas, kawan 'part-time student' yang sama belajar ngan aku pun mesej, 
"Uit, aku da dapat da la kad siswa tuh. Aku da amik kat unit hal ehwal pelajar (HEP) da pagi tadi", kata cik beliau kepada diriku. Erkkk~ Glurrrrp~

Aku yang tetiba menulis entri ni yang nak bagai nak raknya ni, tetiba .....Errrr~

Berlari gak aku ke fakulti lepas raya ni. Harharhar~

Mood: Flying to Faculty. Yeahhhh~

Sekian.


Monday, 22 October 2012

Monday Blues~

Salam semua~ Fuuuuu~ Berhabuk~

Nampak sangat da 2 3 minggu tak ke udara, fuuuuuu, tiup tiup 1 2 3 fuuuuuuuu~ Ahaakkksss~

Sempena hari Isnin yang bersamaan 6 Dzulhijjah Tahun 1433 H ini, aku mengucapkan ribuan syukur la sesangat sebab masih dipanjangkan hayat ini. Amin syukur alhamdulillah.

Maksudnya tu pintu taubat masih lagi la terbukak, untuk aku. Fuuuuuu, ajaibnya hidup ini.

Ni aku nak habaq sat, keluarga aku baru je bertambah seorang agi ahli keluarga nan baru, seorang putera, aku mengucapkan syukur sesangat akan kelahiran budak kecik ni, semoga ngan kelahiran beliau akan menjadi lampu suluh yang menyuluh kebahagian abang aku ngan bini beliau, harhar~

Siyes aku suka, oh yeah~

Tetiba ada la makhluk Tuhan sorang dua yang menegur kat fb, uit ko bila pulak tonah, lam ati aku gelak je, harharhar, camtu la lebey kurang. Apa masalah la ngan orang yang bertanya bagai ni, tak paham aku. Cuba sesekali habaq kat diri depa sendiri, "Mind Your Own Business and Have a Better Mouth".

Errrr~

Rahsia Tuhan mana la aku tau beb. Kalo tetiba aku ter'kawen ke ter'tunang ke, mana la aku tau bila benda tu nak jadik bagai, so ape yg aku buley buat, be realistic more better. Aku tau la aku ni tak seanggun dan tak secakir dedaunan sireh cam korang. Siyes aku redho jer, but i'm not that desperate. Time aku bujang ni la aku buleh menikmati hidup aku ni. Lepak sana lepak sini, berguling sana dan berguling sini sampai bila bila.

Jom berguling bersama~ Guling ~ Guling guling dan guling~ Marilah berguling~

Monday Blues~



Ni la etika 'Monday Blues' aku, melangut nan bebukan di awal pagi sampai la aku bergerak balik dari keje. Mood memang la talak ader punye. Semua benda ke orang ke, aku nampak cam samar samar je. Aku rasa semua orang yang bekerja pada hari Isnin pada permulaan minggu akan merasakan perkara yang sama, 'Monday Blues'. Kalo orang yang bekerja kat negeri pantai timur, mungkin buley tukar tajuk la kot 'Sunday Blues' ker. Hehe pape hal la ko tonah.

Lain orang lain gaya, ada yang angguk angguk, ada yang buat buat tekan keyboard bagai, ada yang buat regangan di pagi nan hari. Yang paling jelas ketara, "speechless", buat je pape keje yang berpatutan dengan kehendak majikan, wahhh~

Tapi aku masih merasakan penangan 'Monday Blues' ni walaupun aku yang sekarang ni aku tengah bercuti sendirian nan berhad. Harhar, masalah betul la aku ni, buleh pulak aku menangguhkan edisi kerja aku di tempat nan baru itu. Nasib baek la manager baru aku tu sporting bagai. 

"If you are ready to work, so then you can inform me, take your time", said my manager.

And then I said, "Owh....really, thank you for your consideration and i will call you back after 2 weeks, is it okay".

"Ok", she replied.

Errr~ Ok see you then~

Fuuuuu, sporting giler~ Tapi ngah risau jugak ni, cuti cuti sendirian berhad bagai ni semua. Ye la, kelas masih berjalan, assignment makin berlambak, test pun da mula nak stat da, sah aku parah. Fuuuuu, tiup seket biar bagi pandai.



Yeay akhirnya dapat jugak aku meng'update'kan aku punye blog ni~ Sekian~



Running Man Addicted

Running Man Addicted