Monday, 17 September 2012

Hijrah~

Selamat Hari Malaysia semua~ Wahh cuti...Erk....Cuti dan dot dot dot maka ia pown bertukar jadik kueh apam pokodot.

Wink~~

Huuuu~ Nampak bes je kan apam pokodot ni~

Cam biasa la, kalo cuti cuti bagai ni sume, aku pun ape agi merehatkanlah diri aku ni sambil menikmati cenkodok dan pisang goreng yang buleh didapati di mana mana kedai kedai nan berhampiran dan pada masa yang sama cerita korea di saluran 393 la yang menjadik mangsanya. Di samping itu, aku juga cuba tuk menghayati erti kecutian ini walaupun alkisah aku sendiri kurang mengerti pengertiannya. Haiyaaa manyak tidak baek wooo~

Faith~

Ni la citer korea 'latest' yang aku tengok, tajuknya "The Great Doctor a.k.a Faith". 'Interesting' jugakla citer ni. Baru 2 episod kat tv, tapi kat dramacrazy.net baru sampai episod ke 10. Aku pulak baru tengok episod ke 2, ingat nak sambung tengok kat dramacrazy tapi da teringat bagai, tu la kena buat, ni la kena buat, alkisahnya aku cuci cuci umah lor dulu.

Kalo berminat nak tengok, ni 'link' yang selalu aku dok gayut dan berlegar legar, http://www.dramacrazy.net/korean-drama/faith/

Tapi ini bukan aku nak citer. Tengok tajuk 'post' aku pun da tau serba seket da. Sabar je la. Amenda plak ko ni tonah, nak menginsafkan diri ape. Takdela, saja nak menceritakan perihal diri sendiri ni kat sini. Hidup ni selalu berubah ubah ye dop.

Berbalik pada episod yang lepas, cettt ni episod berantai ke ape ni. Kan aku pernah terjatuh dan terpeliot dari menara gading nan bertingkat itu, kali ini aku mula menyahut cabaran kembali. Aku sedar yang ramai budak kelas aku dulu yang da lama menamatkan sesi pembelajaran mereka, aku pulak terjelepok di pertengahan jalan nan sunyi, setelah rayuan demi rayuan yang aku hantar ke menara bertingkat itu (9 bulan da berlalu) dan alhamdulillah akhirnya, permohonan aku untuk masuk kembali telah diterima.

Siyes tadi baru aku pergi jelaskan yuran bagai tu semua. Siyes itu hijrah yang pertama aku setelah di saat kejatuhan aku di kala dan waktu itu. Aku kembali jugak untuk menghabiskan apa yang patut aku habiskan. Aku tau masa tu, manyak benda kat fikiran ni, tapi kalau fikir lelama, berhenti berusaha bukan cara penyelesaian, so i fight for it. Terima kasih Ya Allah, kerana engkau telah gantikan kesedihan aku dengan perkara yang lebih baik. 

Esok 'first day' aku stat belaja balik da. Yeayyy~'Excited' bagai da aku ni. Aku harap aku da takkan sia siakan peluang ni agi da.

Tu baru hijrah pertama, maka hijrah keduanya pulak, aku akan berhijrah dari 'company' mega aku yang sekarang ni ke 'company' nan baru. Walaupun tak berapa nak mega mana, tapi aku tahu kat situ aku akan dapat lebih banyak pengalaman. Siyes aku berdebar bagai sebab mentor aku selepas ni adalah seorang "Senior Accountant". Tak sabar aku nak menuntut ilmu dari dia.  Cuak giler, hahahahahaha, sakit perut pulak aku rasa.

Alhamdulillah, aku interbiu yang 'company' baru tu sekali cuba je. Nak dapat 'offer' pegi interbiu tu kena usaha lebey seket r, sebab kalo korang nak tahu 'sent item' kat 'inbox' aku tuk 'apply' keje je memang la da ter'overload' da.

Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menempuh semua ini, hanya pada-Mu la aku bergantung harap.


Silent~

Siyes aku tak dapat nafikan dalam 9 bulan ini, bukan itu sahaja 2 3 menjak ini pun perkara ini terjadi, aku telah ter'silent'kan diri aku ni kepada 'certain' orang disekeliling aku. Bukan niat aku untuk menjauhi, tetapi kenkadang aku perlu bersendiri untuk berfikir.

I need a space.

Sekian.


6 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

good luck dear.. besh2 korea =)

eita said...

yg cun giler tu xleh tahan tu...
hehehhe

hassy chan said...

amin.. semoga tonah mnjdi kuat utk menempuh semua dugaan hehe

eita said...

sedap neyr cekodok.....

dah lama sangat tak tengok citer korea....

selamat belajar kembali...

Nizam Ijam said...

take time for thinking :D

sayA tonaH said...

miss yui: korean always the best

yeah

kak eita: cun jgn tk cun

mintak selamat la semuanya

hassy: tq sangat

nizam: huuu tq bro

harap tk amik ms lama la tuk pikir sume mslh bagai ni sume

Running Man Addicted

Running Man Addicted