Saturday, 8 September 2012

BOOMMM~

Assalamualaikum, aku memulakan bicara.

Mak aih sejak bila aku menjadik seorang gadis nan insaf bagai ni. Uitt aku penginsaf haper, iskh....iskh....iskh. Perlu ker iskh iskh banyak kali. Aiyaaaakkkk~

BOOMMM~

Ape pulak la kisahnyer ni. Boommmm~ Adakah ini sebuah iklan yang mempromosikan sabun boom...?

Sabun Boom~ Oh Yeah~
Ce citer ce citer. Apakah perkaitan sabun boom ngan semua bagai ini...? Haiyaaa~

Ni la aku nak pi citer, begini ceritanya. Sejak dua menjak ni, aku tak tahu la, cuak la. Da 2 kali lam seminggu ni aku dengar bunyi ni, "Boommm", bergegaran di cuping telinga aku ini.

Insiden pertama 

Berlaku ketika dan apabila aku dalam perjalanan dari ke kampung ke umah sewa aku, masa ni aku best dok terlentok bagai. Tetiba lam kul 2 pagi lebih camtu aku terbangun sebab terkejut oleh dek silauan kilat yang memancar ngan tetiba. Maka terbangun la aku ni, masa aku bangun tu aku kelip-kelip kan mata aku ini di dalam kegelapan suasana bas yang sepi. Masa tu da hujan bagai da semua. Tangtu jugakla, bas tu laju turun bukit, jalan pulak licin akibat dek ujan, masa tu rasa sangat bas tu meluncur laju.

Tetiba aku ternampak picisan cahaya, pastu bunyi, "Boommmm", mak aih ape menda pulak tu. Bas ni langgar benda ke orang ke tadi. Berbagai benda aku pikiaq tangtu, pastu aku terdengaq la pakcik driver bas tu tetiba dok mengeluh dan pastu dia 'slow'kan bas tu dan berhenti tepi jalan.

Masa tu aku nampak pakcik bas tu bagai cuak semacam, dia dok lap peluh bagai semua. Masa tu ade sorang penumpang lelaki terbangun tetiba, pastu lam ke'blurr'an dia turun pulak ngan pakcik driver tu bertemankan sorang agi member pakcik driver tu. Yang laen pakat dok tidoq agi, aku pulak dok menjenguk jenguk sorang sorang atas bas tu. Cuaaak, nasib baek muka aku tak bertukar jadi ijau bagai.


Aku bukan menghijau bagai hulk ni yer~

Lalu diorang bertiga tu pun berjalan-jalan menge'check' menda yang berbunyi tu. Pastu aku tengok ade 2 3 bas berhenti kat situ lam masa yang sama. Haiyaaa, apa sudah jadi maa~

Lam 20 minit kemudian, diorang bertiga pun naik balik kat atas bas. Driver bas tu siap pekik agi kat driver bas yang parking di depan bas beliau, "Uiiiit, aku pergi dulu la, takde pape kot".

Masa tu aku rasa, mak aih peliknya, takkan bunyi kuat giler kata takde pape, risau bercampur musykil la aku dok situ bermonolog sensorang. Pakcik bas tu memandu bas cam biasa. Lam 10 minit camtu, tetiba aku berbunyi pakcik driver tu dok berbisik kat member peneman dia kat sebelah, "Weh Mat, aku tak buleh tak bley nak brek la bas ni". Masa tu jugak aku rasa muka aku dari ijau da bertukar jadik biru. Waaaa, aku tak kawen agi, tetiba la plak kan masa tu. Macam-macam benda la aku pikir, lam masa sama aku berdoa bagai la jugak, Ya Allah, selamatkanlah kami semua!

Alamak, aku da bertukar jadi Avatar plak ker~

Lam berisghtifar bagai semua masa tu, tetiba pakcik bas cuba membrek 2 3 kali tuk testing, memang sah brek tak tu makan. Masa tu laju jugak la sebab jalan tu masih licin.

Masa tu muka aku da pucat lesi da. Pastu tetiba peneman pakcik driver tu pun kata,"Ce ko tekan jer brek tu lelama, mana tau die berenti". Lama jugak la, pakcik driver bas tu tekan brek, alhamdulillah, 2 3 minit jugakla bas tu dok tersengguk sengguk atas jalan raya dan akhirnya bas tu pun berhenti ngan selamat nya kat tepi jalan. Nasib baik masa tu takde kenderaan laen yang lalu atas jalan raya. Maka lepas tu pun pakcik bas tu kejut kan semua orang, dia kata la palam brek bas tu da meletup, jadik tuk keselamatan kenala satu bas tu tumpang bas laen yang lalu.

Gamaknyer, nasib baek ada bas laen yang sanggup amik, tapi diorang amik seket-seket je la, almaklumla semua bas da penuh bagai. Aku tumpang satu bas ni ngan empat agi penumpang, dok bersila atas lantai bas yang bahagian bawah tu jer, memang rasa cam pelarian jer time tuh. Tapi alhamdulillah la aku selamat sampai lam kul 7 lebih, sampai je umah sewa aku, aku terus je siap-siap nak pegi keje. Nasib baek sampai on time. Haiyaaa~ Cuakkkkk~

Insiden kedua

Insiden kedua ni plak, baru je berlaku tadi. Masa tu aku baru 'on the way' balik umah dari beli barang dapur sekali ngan mak aku. Masa tu baru lepas dek satu 'traffic light' kat simpang ke umah mak sedara aku, masa tu kat depan aku, ade st lori bawak berbelas belas tong gas, hijau jer lampu isyarat, maka aku gerakla slow slow.

Masa lalu satu stesen minyak ni tetiba bunyi,"Boommmmmmmm". Kuat giler. Aku yang terasa kecuakkannyer, terus bagi signal tuk berhenti tepi jalan. Panik jugakla time tu, takut ade tong gas yang jatuh, takut tayar kete meletop ke ape ke, bagai aku pikir, akhirnya aku kuar dari kete. Lori yang bawak tong gas tu pun berhenti jugak, pekerja pekerja kedai kete dekat situ pun abih kuar melilau lilau dok tercarik amenda nyer yang berbunyi tu tadi. sebab bunyi meletop tu tersangatla kuat.

Bila aku kuar dari kete, 1st thing aku check adalah tayar kete. Lega jugakla, takde yang meletup, lepas tu aku tengok-tengok kat jalan, takde pun tong gas yang menggelosor. Lama jugakla aku dok kelip kelip, tapi macam takde ape yang berlaku. Konpuse aku.

Masa tu aku terpikir, time bunyi meletup aku betul betul lalu stesen minyak. Mungkin bunyi tu datang dari stesen minyak kot. Sebab masa tu aku da parking terkedepan, maka aku membuat keputusan tuk balik jer. Aku pun balik je la, huahua~

Booommmm~ Sah aku da serik dengar bunyi meletup bagai ni.

Sekian~


4 comments:

eita said...

orang main mercun kot...

hassy chan said...

perghh nsb bek bas tu bole jugak nk bhnti.. alhmdulilh..

Nizam Ijam said...

banyak tok insiden...

sayA tonaH said...

kak eita: tu la kak eita

musykil tp sure bukn mercun

hassy chan: tu la nasib baek

kalo tk tonah is not here da la

nizam: tok mane yg xciden nih

hemoh hemoh

Running Man Addicted

Running Man Addicted