Sunday, 23 September 2012

Kiri kanan kiri kanan~

Salam ujung minggu semua~ Esok kena masuk keja balik da~ Huahua~

Kiri Kanan Kiri Kanan~ Kawat seket. Amik mood seorang platun. Adeii pedih~

Adeii...? Apakah itu penat ataupun sekadar keluhan kecik beso kecik beso aje ke...?

Jom kawat beramai ramai ya geng~
Dalam mingu pertama menyambung pengajian aku, aku banyak mengeluh. Entah ape yang tak kena pun aku pun tk tau. Nak kata penat memangla penat tapi penat bukan sebab kepenatan penat bekerja mahupun belajar, tapi penat melayan kerenah orang berbagai.

Nak dijadikkan citer, ada la st kelas yang aku baru join ni, masuk je kelas 'lecturer' terus suruh buat 'group' bagai semua tu. Ye la, biasa la tu tuk 'assignment'. Pastu nak dipendekkan cerita, aku termasuklah dalam suatu 'group' ni. Nak wat camne group laen da cukup cukup jer.

Dalam 'group assignment' aku terdiri daripada 4 orang, termasuk aku lor. Mula-mula, aku ngan sorang hamba Allah ni dulu la, sebab kena tunggu 2 makhluk Tuhan lagi tu yang tak sampai-sampai agi walhal waktu kelas da 30 minit berlalu.

Lam masa tu, 'lecturer' da suh la stat reka nama 'group' kami ni. Aku 'suggest' la kat budak 'group member' yang da ada sekali ngan aku ni, aku 'suggest' A, die geleng kepala, aku 'suggest' B, dia buat muka takde perasaan, entah apa masalah minah ni. Semua yang aku bagi, semua die tak berkenan, pastu bila 'lecturer' da suh anta nama kumpulan tu, buleh pulak die suh aku pikir cepat-cepat. Siyes aku rasa nak wat aktiviti kawat kaki je depan die 'time' tuh.

15 minit kemudian, datang la seorang agi 'group member' aku ni. Die duduk, langsung tak senyum. Muka 'for sure' masam mencuka. 'Stress' keje ye kak, rasa sume budak kelas tu da keje. Setahu aku, aku pun keje. Ok fine, aku wat tak tau je la. Kemudian minah yang baru datang ni pun 'suggest' la st nama, terus pulak nama tu jadik nama 'group' aku. Tak tanye pendapat aku pun. Uittt aku ni tunggul ke dinding kat situ.

Aku rasa 'time' tuh. kaki aku ni da rasa melayang layang berbaris luar kelas da masa tu. Apa masalah minah  minah berdua ni.

Dipendekkan cerita, lepas 'lecturer' kami ni bersyarah 2 3 kerat, laju je die bagi 'case study' n suh kami 'submit assignment' malam tu la jugak. Ok fine, aku pun baca la 'case study' bersama sama la ngan minah minah 'group' aku ni.

Lepas aku baca, aku terus je cuba jawab soklan satu, uitt kalo tak memang lambat la balik. Yang tak tahan, 2 orang minah ni, aku tak tahula, diorang nak menunjuk kewibawaan diorang kot, yang sorang tu habaq la kat member ni die pasai ape 'case study' tuh, pas diorang habaq tu, buleh pulak depa dok menjuihkan bibir depa kat aku. Mak aih, pigi da, yg korang habaq tu korang baca 1 'paragraph' je kot, apa masalah la korang nak menunjuk muka bagai tu semua.

Rasanya, inila kali pertama lam kehidupan aku ni, aku berjumpa ngan makhluk Tuhan yang begini rupe nya. Adeii pedih weh. Sabo je la, 'but say yes it is a little bit annoying'.

Aku tak tau lor macammana aku nak hadapi makhluk-makhluk Tuhan macam ni sekali agi tuk minggu ni dan minggu minggu yang mendatang.

Ya Allah permudahkanlah jalan ku, jika ini sudah termaktub buat ku. Amin.

Aku hanya insan biasa beb, 'for sure' akan bagi 'response' punyela. So you're better behave yourself beb. No more annoying attitude. It's not good for your own personality. Be better human, as long you're giving your fully effort for it and then I say Please No More~

Sekian.



Monday, 17 September 2012

Hijrah~

Selamat Hari Malaysia semua~ Wahh cuti...Erk....Cuti dan dot dot dot maka ia pown bertukar jadik kueh apam pokodot.

Wink~~

Huuuu~ Nampak bes je kan apam pokodot ni~

Cam biasa la, kalo cuti cuti bagai ni sume, aku pun ape agi merehatkanlah diri aku ni sambil menikmati cenkodok dan pisang goreng yang buleh didapati di mana mana kedai kedai nan berhampiran dan pada masa yang sama cerita korea di saluran 393 la yang menjadik mangsanya. Di samping itu, aku juga cuba tuk menghayati erti kecutian ini walaupun alkisah aku sendiri kurang mengerti pengertiannya. Haiyaaa manyak tidak baek wooo~

Faith~

Ni la citer korea 'latest' yang aku tengok, tajuknya "The Great Doctor a.k.a Faith". 'Interesting' jugakla citer ni. Baru 2 episod kat tv, tapi kat dramacrazy.net baru sampai episod ke 10. Aku pulak baru tengok episod ke 2, ingat nak sambung tengok kat dramacrazy tapi da teringat bagai, tu la kena buat, ni la kena buat, alkisahnya aku cuci cuci umah lor dulu.

Kalo berminat nak tengok, ni 'link' yang selalu aku dok gayut dan berlegar legar, http://www.dramacrazy.net/korean-drama/faith/

Tapi ini bukan aku nak citer. Tengok tajuk 'post' aku pun da tau serba seket da. Sabar je la. Amenda plak ko ni tonah, nak menginsafkan diri ape. Takdela, saja nak menceritakan perihal diri sendiri ni kat sini. Hidup ni selalu berubah ubah ye dop.

Berbalik pada episod yang lepas, cettt ni episod berantai ke ape ni. Kan aku pernah terjatuh dan terpeliot dari menara gading nan bertingkat itu, kali ini aku mula menyahut cabaran kembali. Aku sedar yang ramai budak kelas aku dulu yang da lama menamatkan sesi pembelajaran mereka, aku pulak terjelepok di pertengahan jalan nan sunyi, setelah rayuan demi rayuan yang aku hantar ke menara bertingkat itu (9 bulan da berlalu) dan alhamdulillah akhirnya, permohonan aku untuk masuk kembali telah diterima.

Siyes tadi baru aku pergi jelaskan yuran bagai tu semua. Siyes itu hijrah yang pertama aku setelah di saat kejatuhan aku di kala dan waktu itu. Aku kembali jugak untuk menghabiskan apa yang patut aku habiskan. Aku tau masa tu, manyak benda kat fikiran ni, tapi kalau fikir lelama, berhenti berusaha bukan cara penyelesaian, so i fight for it. Terima kasih Ya Allah, kerana engkau telah gantikan kesedihan aku dengan perkara yang lebih baik. 

Esok 'first day' aku stat belaja balik da. Yeayyy~'Excited' bagai da aku ni. Aku harap aku da takkan sia siakan peluang ni agi da.

Tu baru hijrah pertama, maka hijrah keduanya pulak, aku akan berhijrah dari 'company' mega aku yang sekarang ni ke 'company' nan baru. Walaupun tak berapa nak mega mana, tapi aku tahu kat situ aku akan dapat lebih banyak pengalaman. Siyes aku berdebar bagai sebab mentor aku selepas ni adalah seorang "Senior Accountant". Tak sabar aku nak menuntut ilmu dari dia.  Cuak giler, hahahahahaha, sakit perut pulak aku rasa.

Alhamdulillah, aku interbiu yang 'company' baru tu sekali cuba je. Nak dapat 'offer' pegi interbiu tu kena usaha lebey seket r, sebab kalo korang nak tahu 'sent item' kat 'inbox' aku tuk 'apply' keje je memang la da ter'overload' da.

Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menempuh semua ini, hanya pada-Mu la aku bergantung harap.


Silent~

Siyes aku tak dapat nafikan dalam 9 bulan ini, bukan itu sahaja 2 3 menjak ini pun perkara ini terjadi, aku telah ter'silent'kan diri aku ni kepada 'certain' orang disekeliling aku. Bukan niat aku untuk menjauhi, tetapi kenkadang aku perlu bersendiri untuk berfikir.

I need a space.

Sekian.


Saturday, 8 September 2012

BOOMMM~

Assalamualaikum, aku memulakan bicara.

Mak aih sejak bila aku menjadik seorang gadis nan insaf bagai ni. Uitt aku penginsaf haper, iskh....iskh....iskh. Perlu ker iskh iskh banyak kali. Aiyaaaakkkk~

BOOMMM~

Ape pulak la kisahnyer ni. Boommmm~ Adakah ini sebuah iklan yang mempromosikan sabun boom...?

Sabun Boom~ Oh Yeah~
Ce citer ce citer. Apakah perkaitan sabun boom ngan semua bagai ini...? Haiyaaa~

Ni la aku nak pi citer, begini ceritanya. Sejak dua menjak ni, aku tak tahu la, cuak la. Da 2 kali lam seminggu ni aku dengar bunyi ni, "Boommm", bergegaran di cuping telinga aku ini.

Insiden pertama 

Berlaku ketika dan apabila aku dalam perjalanan dari ke kampung ke umah sewa aku, masa ni aku best dok terlentok bagai. Tetiba lam kul 2 pagi lebih camtu aku terbangun sebab terkejut oleh dek silauan kilat yang memancar ngan tetiba. Maka terbangun la aku ni, masa aku bangun tu aku kelip-kelip kan mata aku ini di dalam kegelapan suasana bas yang sepi. Masa tu da hujan bagai da semua. Tangtu jugakla, bas tu laju turun bukit, jalan pulak licin akibat dek ujan, masa tu rasa sangat bas tu meluncur laju.

Tetiba aku ternampak picisan cahaya, pastu bunyi, "Boommmm", mak aih ape menda pulak tu. Bas ni langgar benda ke orang ke tadi. Berbagai benda aku pikiaq tangtu, pastu aku terdengaq la pakcik driver bas tu tetiba dok mengeluh dan pastu dia 'slow'kan bas tu dan berhenti tepi jalan.

Masa tu aku nampak pakcik bas tu bagai cuak semacam, dia dok lap peluh bagai semua. Masa tu ade sorang penumpang lelaki terbangun tetiba, pastu lam ke'blurr'an dia turun pulak ngan pakcik driver tu bertemankan sorang agi member pakcik driver tu. Yang laen pakat dok tidoq agi, aku pulak dok menjenguk jenguk sorang sorang atas bas tu. Cuaaak, nasib baek muka aku tak bertukar jadi ijau bagai.


Aku bukan menghijau bagai hulk ni yer~

Lalu diorang bertiga tu pun berjalan-jalan menge'check' menda yang berbunyi tu. Pastu aku tengok ade 2 3 bas berhenti kat situ lam masa yang sama. Haiyaaa, apa sudah jadi maa~

Lam 20 minit kemudian, diorang bertiga pun naik balik kat atas bas. Driver bas tu siap pekik agi kat driver bas yang parking di depan bas beliau, "Uiiiit, aku pergi dulu la, takde pape kot".

Masa tu aku rasa, mak aih peliknya, takkan bunyi kuat giler kata takde pape, risau bercampur musykil la aku dok situ bermonolog sensorang. Pakcik bas tu memandu bas cam biasa. Lam 10 minit camtu, tetiba aku berbunyi pakcik driver tu dok berbisik kat member peneman dia kat sebelah, "Weh Mat, aku tak buleh tak bley nak brek la bas ni". Masa tu jugak aku rasa muka aku dari ijau da bertukar jadik biru. Waaaa, aku tak kawen agi, tetiba la plak kan masa tu. Macam-macam benda la aku pikir, lam masa sama aku berdoa bagai la jugak, Ya Allah, selamatkanlah kami semua!

Alamak, aku da bertukar jadi Avatar plak ker~

Lam berisghtifar bagai semua masa tu, tetiba pakcik bas cuba membrek 2 3 kali tuk testing, memang sah brek tak tu makan. Masa tu laju jugak la sebab jalan tu masih licin.

Masa tu muka aku da pucat lesi da. Pastu tetiba peneman pakcik driver tu pun kata,"Ce ko tekan jer brek tu lelama, mana tau die berenti". Lama jugak la, pakcik driver bas tu tekan brek, alhamdulillah, 2 3 minit jugakla bas tu dok tersengguk sengguk atas jalan raya dan akhirnya bas tu pun berhenti ngan selamat nya kat tepi jalan. Nasib baik masa tu takde kenderaan laen yang lalu atas jalan raya. Maka lepas tu pun pakcik bas tu kejut kan semua orang, dia kata la palam brek bas tu da meletup, jadik tuk keselamatan kenala satu bas tu tumpang bas laen yang lalu.

Gamaknyer, nasib baek ada bas laen yang sanggup amik, tapi diorang amik seket-seket je la, almaklumla semua bas da penuh bagai. Aku tumpang satu bas ni ngan empat agi penumpang, dok bersila atas lantai bas yang bahagian bawah tu jer, memang rasa cam pelarian jer time tuh. Tapi alhamdulillah la aku selamat sampai lam kul 7 lebih, sampai je umah sewa aku, aku terus je siap-siap nak pegi keje. Nasib baek sampai on time. Haiyaaa~ Cuakkkkk~

Insiden kedua

Insiden kedua ni plak, baru je berlaku tadi. Masa tu aku baru 'on the way' balik umah dari beli barang dapur sekali ngan mak aku. Masa tu baru lepas dek satu 'traffic light' kat simpang ke umah mak sedara aku, masa tu kat depan aku, ade st lori bawak berbelas belas tong gas, hijau jer lampu isyarat, maka aku gerakla slow slow.

Masa lalu satu stesen minyak ni tetiba bunyi,"Boommmmmmmm". Kuat giler. Aku yang terasa kecuakkannyer, terus bagi signal tuk berhenti tepi jalan. Panik jugakla time tu, takut ade tong gas yang jatuh, takut tayar kete meletop ke ape ke, bagai aku pikir, akhirnya aku kuar dari kete. Lori yang bawak tong gas tu pun berhenti jugak, pekerja pekerja kedai kete dekat situ pun abih kuar melilau lilau dok tercarik amenda nyer yang berbunyi tu tadi. sebab bunyi meletop tu tersangatla kuat.

Bila aku kuar dari kete, 1st thing aku check adalah tayar kete. Lega jugakla, takde yang meletup, lepas tu aku tengok-tengok kat jalan, takde pun tong gas yang menggelosor. Lama jugakla aku dok kelip kelip, tapi macam takde ape yang berlaku. Konpuse aku.

Masa tu aku terpikir, time bunyi meletup aku betul betul lalu stesen minyak. Mungkin bunyi tu datang dari stesen minyak kot. Sebab masa tu aku da parking terkedepan, maka aku membuat keputusan tuk balik jer. Aku pun balik je la, huahua~

Booommmm~ Sah aku da serik dengar bunyi meletup bagai ni.

Sekian~


Running Man Addicted

Running Man Addicted