Tuesday, 14 August 2012

Edisi lagu nan raya~

Salam Ramadhan agi, yeah, sila kuatkan semangat tuk teruskan hidup walaupun hidup ini tidak penah seindah sakura....erkkk?


erkkkk....?

Ni bila da nak dekat raye ni, konpem r punye berlambak giler baju ....? eh lagu raya ke udara di corong-corong radio nan sensasi seperti hot fm, sinar fm, dan segala-galanya fm. Sah da ni, ke'fm'nan itu sudah melanda diri ini secara kronik tetapi bukan manik baju raya....~~"

Apakah ini....?errr

Aku sebenarnya da lama da sedaya upaya tuk tidak mendengaq lagu-lagu nan raya ni. Kalo dengar pown kena well mentally prepared r. Padahal pada hakikatnya bukan effect pape pwn dengaq lagu raya ni, secara fizikal mahupun batinnyer.....erk? Maaf zahir dan batin....?

Tonah konpuse agi~

Akhirnya satu hari di hari Ramadhan nan mulia ni, aku secara tak sengaja terdengaq lagu raya ni. Time tu aku lam kete member otw nak pegi keje. Masa ni aku langsung la tak expect yg aku akan dengaq lagu raya, alkisah nyer ape agi, setelah berkurun lamanya air mata aku ni tk tumpah, akhirnya ia tumpah gak r ke bumi yang menghijau ni.

Awatttttnye~~"

Ni kenapa ada tanda soal agi ni....?

Apakah sebab-sebabnye, cetttt skema plak aku ni yer. ntahla aku pown tk tau sejak bila aku jadik camgini, kalo diteliti ececece, baru aku pasan aku stat jadik camgini sebenaqnya sejak perginya arwah abah aku tuk selama-lamanya.

Mmmmm, apakah pulak perkaitan perkara ini dengan kewujudan lagu-lagu raya ni sume, tanye aku kepada aku sendiri secara skemanya. Eh skema ker Nek Kiah.....? Siapa pulak la gerangan Nek Kiah nyer ni???.....~~"

Memang aku terkenang pown. Ye la, time arwah abah aku pegi pown, time kita sume tengah raya. Raya taun tu memang terasa sangat-sangat kehilangan dia. Mungkin sebab tu kot aku sedaya upaya tuk 'mentally prepared' dulu bila nak dengaq lagu raya. Bukan takley dengar langsung yer. Sila anda jangan salah faham. Oh Yeah~

Selagi aku kuat tuk hadapinya, apa salahnya aku berubah kan, iye dop.

"It's because i'm not a princess to a king anymore. So be strong as much you can do."

Kata aku pada diri ku sendiri. Oh Yeah~

Takkanlah setiap kali teringat kat arwah abah aku setiap kali tu la aku kena menangis, meraung, berguling kesepian dan lain-lain agi, apa salahnyer aku tukaq mentaliti aku ni, time aku teringat tuh aku terus sedekah kan al fatihah ke ape ke kan, kerana itu adalah lebey baek.

Adakah itu bermaksud air mata aku da kurang.....?errr~

Tapi berat mata memandang berat agi bahu aku ni dok pikul. Pikul ape weh....? Pikul beras ekkkk. Pikul rindu la.

Bang nak beras 1 bungkus bang. Oh Yeah~

Sebab aku da mula membesar (uit bukan ko da besaq ka...?Argghhh tension aku...Grrr) , aku baru belajaq betapa pentingnya keluarga kita ni kepada diri kita. Walaupown mereka la yang paling banyak menyakitkan hati kita, tapi dalam masa yang sama, mereka jugalah yang membuatkan kita mampu untuk tersenyum di waktu dan ketika ini.

Cuba bayangkan orang yang langsung tidak bernasib baik, langsung tiada siapa disisi walhal ketika hari raya. Bersyukurlah dengan apa yang Allah anugerahkan. Cukuplah kita untuk merungut, maka berhentilah untuk merungut.

Walaupwn abah da pegi, tapi abah sentiasa di hati ini sampai biila-bila.....Sayang abah~

Sekian.




0 comments:

Running Man Addicted

Running Man Addicted