Thursday, 23 August 2012

Demam ker~ Errkkk~ Sentap...?


Salam Hari Raya sume~

Senyum-senyum aku tengok blog aku hari ni. Dari blog tengok aku dan aku tengok blog, suasana plak sunyi sepi berteman kan filem 'Santau' kat tv3 skang ni, jadik aku pown tengok la 'keyboard' dan yang demikiannya pula 'keyboard' tersebutnya pulak tengok aku, dan lalu tertaipla entri nan sepi ini.

Alamak iklan die da~ Mmmmmm~
Amboi tajuk entri. Ngeee~ Demam pown nak bagitahu seantero dunia ke tonah. Ngeee~ Ala bila agi nak bermanja-manja ngan blog nan sendiri ni kan.

2012-08-23 15.09.55.jpg
Mak aih...ubat ke ni ~~"
Oleh akibat pemakanan yang ter'over' ais di hari raya nan fitri ini yang alikisahnyer ni bukan pasal cik Ahmad  Fedtri Yahya pengacara di tv3 tu, jadi ngan tidak dilindungi sebarang vitamin baik tuk badan, tidak lupa juga ancaman dari virus yang berjangkit, maka dan sesungguhnya, ini pun terjadik ====> sakit-sakit badan, sakit kepala, sakit perut, tekak pun bengkak, batuk-batuk dan lenlaen agi.

Demam ker~ Hahahahahaha~ Aku pown tak pasti da~

Mmmm~ Kenapa plak tetiba ade cik Ahmad Fedtri kat sini ney...?

Tengok aku bermanja agi ngan blog aku ni. Huh nasib baik ada blog aku ni, bley la aku luahkan luahan suara kesakitan otot-otot badan aku ini. Ni la kisah sengal yang tak penah abih-abih.

Akibat tak larat nak ke mana-mana, jadik depan tv la aku duk melepak skang nih. Huahua~

Fuyooo, besonyer tv die~

Sambil-sambil tu terlepakkan diri ini juga ke laman fb a.k.a facebook. Pabila terbukak jer laman fb tu, terus jer perasaan demam ni jadik suwey la seket, ntah pape la ntah. Apakah itu 'suwey'...? Tetttttttt......Sentap beb~

Ntah la, aku rasa da lama menda ni jadik, jadi aku da lama menjadik seorang yang kalis dari prarasa yang merasa tuk memendam bukan merendamkan hati nan kiut ini lam lautan nan eskrem. Cetttt~

Tadi pabila dan apabila aku view fb aku tadi, maka ngan sesungguhnya secara dengan ketidaksengajaan nya aku pun tertengok la beberapa gambaq ni. Ntah la tetiba aku terasa pilu milu la plak. Kalau nak tahu, sume gambaq tu di 'upload' dari seorang pakcik yang bergelar bapak sedara aku sendiri. Gambaq tu sume tu adalah gambaq keluarga yang sedang 'picnic' beb.

Mak aih, gambar ber'picnic' pown bley wat ko rasa sentap mentap ke tonah. 

Gambaq-gambaq tu sume mak-mak sedara dan bapak-bapak sedara aku bersama susur galur keluarga nan beliau. Lam gambar-gambar tu sume ada, sepupu mupu aku ade sekali, tidak lupa juga nenek aku. Sume dok ber'picnic'la katakan. Mak aih meriah giler yer beb.

Tapi aku menung jer tengok gambaq-gambaq depa tu, banyak gaya, tidak lupa banyak makanan-makanan depa, tapi satu je aku pasan tak ada. Apa die tonah......?

The answer is.....my family. Lam gambaq tu sume takde pun gambaq aku, adik aku, abang-abang aku, especially mak aku, walhal tu keluarga belah mak aku. Pelik kan.


Pelik jer aku menegoknyer~

Ape yang dipelikkan dan juga nak dijelekkan, memang benar keluarga aku tidak pernah dijemput untuk pape event family termasuk la tuk pi sama-sama ke 'picnic' tersebut, pada walhalnya kami tidak pernah bergaduh ngan depa, tak penah masam muka, ntah di mana silapnya aku pun tak tau. Tup tup dan tau tau je da masuk gambaq kat fb. Annoying beb~ Honest from me~

Selalu jadik camni, hari tu time mak sedara aku nak pegi haji hari tu pun, satu batalion keluarga die jemput pegi majlis die sebelum berangkat, tapi kenapa keluarga aku tidak dijemput den. Bagi aku, ala kalo nak pegi haji tu, pe salahnye kita pegi melawat dulu depa sebelum mereka pi. Tapi tahu-tahu die da pegi, satu khabaq berita pown tak bagitahu. Uiiiittt, korang tu adik beradik ngan mak aku tau walaupun kome hanye adik beradik tiri die. Mak aku tak penah sebut tang tiri-tiri tu sume, Ntah pape ntah. Apo nak dikato den.

Baek aku baca majalah 'APO' ni, taklah perlu nak sentap sangat la kan.

Kami hanya mampu menelan air liuq jer. Ye la terliur gak tengok depa dok makan makan. Siyes aku ngah lapaq skang nih. Nak kata banyak takut gaduh. Jadi demi menjaga tali silaturahim ini, kami pendam je la. Yang paling aku kasihan kan, mak aku la. Ntah pape cam kena 'pulau' ngan keluarga sendiri la pulak. Aku rasa kami dok area bandaq bukan dok area 'pulau' pun. Cetttt~

Aku tahu la mak aku tu spesis memang pendiam tahap gapan, tak bape pandai sangat nak 'involve' ngan keluarga, tapi korang tu adik beradik die, kenapa korang tak dapat nak terima kenyataan beliau dilahirkan sebegitu. Time nak kawen dulu, time tu la time ni la, tettttttt..... pandai la pulak korang datang umah. Apatah agi time korang nak suh beli insurance, mak aih~ Senyum-senyum je aku tengok, ye sekali sekala senyum sinis ape salah nyer. Iye dop~

Ntah ape silapnyer ek. Aku tak tau der. Mungkin dulu mak aku penah jadik gangster ke ape ke kan. Tapi aku pohon la kat depa, maapkanlah mak aku dan kami sekeluarga. Kami hanya insan nan biasa, yang cume mau keluarga sendiri di sisi, bukan wang hingget nan berjuta, bukan bungalow nan sebuah, bukan kete ferrari nan merah, dan bukan duet raya nan menimbun (mak aih ade ke owang nak bagi ni).

Kalau dulu, siyes aku tak dapat terima kenyataan bagai ni sume, tapi sekarang, aku da kalis da beb. Da bagai kalis peluru da aku rasa. Sentap pun sentap la beb, janji skang aku epi. Mungkin ada la tu hikmah nan tersembunyi yang kita tak tahu. Rahsia Tuhan beb. Jadik biarla aku berbaik sangka. Kalau keluarga aku susah pown, kalau depa tak mau tolong takpe Allah tu sentiasa ada nak tolong. Janji tali silaturahim ini tetap kami pegang dan jaga. "Don't masam muka ngan depa k", nasihat aku kat diri aku sendiri.

Ya Allah, ya Tuhanku, Tuhan yang memiliki hati-hati ini, kuatkan hati kami untuk meneruskan kehidupan kami ini, untuk kuat menempuh ranjau dan duri kehidupan ini. Maafkanlah kami manusia yang tidak pernah kurang mengerjakan dosa dari kebaikan ini. Maafkanlah kami dan redhokanlah kehidupan kami ini. Amin~

Air dicincang tidak pernah akan putus.

Sekian~

0 comments:

Running Man Addicted

Running Man Addicted