Wednesday, 29 August 2012

Kerja....? ~~"

Salam Aidilfitri agi sume~

Keje oh keje~

Nasib baek aku tak pegang kepala cam abang ni~

Ni nak bagi habaq kat depa sume, stat je minggu ni, bermula la episod aku masuk keje aku balik. Huahua, announcement bagai apakah ini....?

Stat jer langkah kaki aku ni masuk ke ruang kecik yang penuh misteri lagi kronik, yang beralaskan sebijik meja yang diserikan oleh secibik pc, aku bagaikan terkena histeria yang berhalusinasikan suis lektrik yang bergegaran di sekeliling kerusi aku nan antik ini tetapi diselaputi zarah nan plastik, mak aih, bersepahnyer~

Nasib baekla aku ni tak giler meroyan sensorang kat situ. Kan aku balik kampung kang, sape pulak nak buat keje ni sume bagai. Cetttt~ Akibat cuti raya yang dipohon secara berleluasa oleh aku insan yang kiut ini, akhirnya....maka dengan sesungguhnya meja aku pun penuh bagai ngan keje. Erkkkk~ Meja aku ke ni, huahua~

Haiyaaakkkkk~

Tolong sama saya ma~


Sekian~


Thursday, 23 August 2012

cik Mahmood oh cik Mahmood~

Salam Aidilfitri agi~ Oh Yeah~

Aku ngah dok menghitung hari da ni. Tup tup cuti raya aku pun da nak abih. Hari Isnin ni da nak masuk keje da balik. Pastu plak office hour balik kepada yang lama dari jam 8 pagi sampaila ke 5.30 petang. Adeiii, kan bes selalu berada lam bulan pose, tang kul 5.01 jer da ilang. Cam chipsmore da aku rase.

Mak aih sodapnyer, da lama aku tak makan menda alah ni.Huuuu~


Hari ni da hari Jumaat da, esok lusa hari Isnin da la. Waaaa, aku nak cuti agi. Penat r keje. Cettt rajukan budak hingusan semata mata, kata diriku kepada diriku sendiri. Huahua~

Cik Mahmood oh Cik Mahmood, panggilku.

Mane la cik Mahmood ni pegi....(pssss: untuk pengetahuan korang cik Mahmood tu adalah a.k.a kepada perkataan ini "Mood"...Oh yeah~ )

Sure takde mood da. Kontrak aku tinggal 1 bulan setengah jer agi ni. Tengah melilau-lilau gak r ni tuk mencarik keje laen. Kalau tak keje aku nak makan ape beb. Makan nasik tu kan penting. Huahua~ Nak kumpul duet agi ni nak masuk study balik (ntah lulus ke tak rayuan aku tu, aku bajet lulus je la ea....Huahua), tu lagi la sure kena berjimat tahap gapan bukan tahap gapaian. Belajaq la beb menabung slow-slow, ne tahu esok lusa bley beli kete ferrari sebuah. Berjuanglah demi masa depan. Oh Yeah~

Sebut pasal nasik ni kan, semalam abang ngah tu sampai majoks tak nak makan nasik, kurus seket da aku tengok beliau hari ni. Aku harapla supaya beliau makan nasik la hari ni. Huahua~


'Mood' ini terus terhakis dek pabila dan apabila aku tau Ustaz Don da kawen. Melepas aku beb~ T_T


Oh ustaz Don~ Sobsob T_T

Akibat diri ini masih agi tidak larat tuk buat larian marathon nan jauh itu, cettt sejak bila plak aku ni suka berlari-lari plak ni, maka dan dengan sesungguhnya aku tercongokla dok depan laptop ni tengok citer. Tv da aku tinggalkan. Ni sume salah rasa d'rasa la ni, kerana rasa sup ayamku rosak binasa (psss: sebenaqnye asalnye dari ayat ni, kerana mulut badan binasa...Aaaaa ~~")

Te'rasa' nak tengok drama Jepun punye pasal la ni, maka dengan itu time aku sibok dok melilau mencari-mencari lalu tercari-cari la ia, lalu aku terjumpa la citer ni. Baru agi r citer die, baru ada 6 episod da. Ni tajuk resmi die 'Ghost Mama Sousasen'.


Kisah antu mak, bukan antu fighter~

Kalo nak korang tengok online, ni aku jumpe satu link die: http://www.mysoju.com/japanese-drama/ghost-mama-sousasen/

Layan~ Sekian dulu dari aku. Muahahaha~ Gelak geli di Aidilfitri~ Oh Yeah~



Demam ker~ Errkkk~ Sentap...?


Salam Hari Raya sume~

Senyum-senyum aku tengok blog aku hari ni. Dari blog tengok aku dan aku tengok blog, suasana plak sunyi sepi berteman kan filem 'Santau' kat tv3 skang ni, jadik aku pown tengok la 'keyboard' dan yang demikiannya pula 'keyboard' tersebutnya pulak tengok aku, dan lalu tertaipla entri nan sepi ini.

Alamak iklan die da~ Mmmmmm~
Amboi tajuk entri. Ngeee~ Demam pown nak bagitahu seantero dunia ke tonah. Ngeee~ Ala bila agi nak bermanja-manja ngan blog nan sendiri ni kan.

2012-08-23 15.09.55.jpg
Mak aih...ubat ke ni ~~"
Oleh akibat pemakanan yang ter'over' ais di hari raya nan fitri ini yang alikisahnyer ni bukan pasal cik Ahmad  Fedtri Yahya pengacara di tv3 tu, jadi ngan tidak dilindungi sebarang vitamin baik tuk badan, tidak lupa juga ancaman dari virus yang berjangkit, maka dan sesungguhnya, ini pun terjadik ====> sakit-sakit badan, sakit kepala, sakit perut, tekak pun bengkak, batuk-batuk dan lenlaen agi.

Demam ker~ Hahahahahaha~ Aku pown tak pasti da~

Mmmm~ Kenapa plak tetiba ade cik Ahmad Fedtri kat sini ney...?

Tengok aku bermanja agi ngan blog aku ni. Huh nasib baik ada blog aku ni, bley la aku luahkan luahan suara kesakitan otot-otot badan aku ini. Ni la kisah sengal yang tak penah abih-abih.

Akibat tak larat nak ke mana-mana, jadik depan tv la aku duk melepak skang nih. Huahua~

Fuyooo, besonyer tv die~

Sambil-sambil tu terlepakkan diri ini juga ke laman fb a.k.a facebook. Pabila terbukak jer laman fb tu, terus jer perasaan demam ni jadik suwey la seket, ntah pape la ntah. Apakah itu 'suwey'...? Tetttttttt......Sentap beb~

Ntah la, aku rasa da lama menda ni jadik, jadi aku da lama menjadik seorang yang kalis dari prarasa yang merasa tuk memendam bukan merendamkan hati nan kiut ini lam lautan nan eskrem. Cetttt~

Tadi pabila dan apabila aku view fb aku tadi, maka ngan sesungguhnya secara dengan ketidaksengajaan nya aku pun tertengok la beberapa gambaq ni. Ntah la tetiba aku terasa pilu milu la plak. Kalau nak tahu, sume gambaq tu di 'upload' dari seorang pakcik yang bergelar bapak sedara aku sendiri. Gambaq tu sume tu adalah gambaq keluarga yang sedang 'picnic' beb.

Mak aih, gambar ber'picnic' pown bley wat ko rasa sentap mentap ke tonah. 

Gambaq-gambaq tu sume mak-mak sedara dan bapak-bapak sedara aku bersama susur galur keluarga nan beliau. Lam gambar-gambar tu sume ada, sepupu mupu aku ade sekali, tidak lupa juga nenek aku. Sume dok ber'picnic'la katakan. Mak aih meriah giler yer beb.

Tapi aku menung jer tengok gambaq-gambaq depa tu, banyak gaya, tidak lupa banyak makanan-makanan depa, tapi satu je aku pasan tak ada. Apa die tonah......?

The answer is.....my family. Lam gambaq tu sume takde pun gambaq aku, adik aku, abang-abang aku, especially mak aku, walhal tu keluarga belah mak aku. Pelik kan.


Pelik jer aku menegoknyer~

Ape yang dipelikkan dan juga nak dijelekkan, memang benar keluarga aku tidak pernah dijemput untuk pape event family termasuk la tuk pi sama-sama ke 'picnic' tersebut, pada walhalnya kami tidak pernah bergaduh ngan depa, tak penah masam muka, ntah di mana silapnya aku pun tak tau. Tup tup dan tau tau je da masuk gambaq kat fb. Annoying beb~ Honest from me~

Selalu jadik camni, hari tu time mak sedara aku nak pegi haji hari tu pun, satu batalion keluarga die jemput pegi majlis die sebelum berangkat, tapi kenapa keluarga aku tidak dijemput den. Bagi aku, ala kalo nak pegi haji tu, pe salahnye kita pegi melawat dulu depa sebelum mereka pi. Tapi tahu-tahu die da pegi, satu khabaq berita pown tak bagitahu. Uiiiittt, korang tu adik beradik ngan mak aku tau walaupun kome hanye adik beradik tiri die. Mak aku tak penah sebut tang tiri-tiri tu sume, Ntah pape ntah. Apo nak dikato den.

Baek aku baca majalah 'APO' ni, taklah perlu nak sentap sangat la kan.

Kami hanya mampu menelan air liuq jer. Ye la terliur gak tengok depa dok makan makan. Siyes aku ngah lapaq skang nih. Nak kata banyak takut gaduh. Jadi demi menjaga tali silaturahim ini, kami pendam je la. Yang paling aku kasihan kan, mak aku la. Ntah pape cam kena 'pulau' ngan keluarga sendiri la pulak. Aku rasa kami dok area bandaq bukan dok area 'pulau' pun. Cetttt~

Aku tahu la mak aku tu spesis memang pendiam tahap gapan, tak bape pandai sangat nak 'involve' ngan keluarga, tapi korang tu adik beradik die, kenapa korang tak dapat nak terima kenyataan beliau dilahirkan sebegitu. Time nak kawen dulu, time tu la time ni la, tettttttt..... pandai la pulak korang datang umah. Apatah agi time korang nak suh beli insurance, mak aih~ Senyum-senyum je aku tengok, ye sekali sekala senyum sinis ape salah nyer. Iye dop~

Ntah ape silapnyer ek. Aku tak tau der. Mungkin dulu mak aku penah jadik gangster ke ape ke kan. Tapi aku pohon la kat depa, maapkanlah mak aku dan kami sekeluarga. Kami hanya insan nan biasa, yang cume mau keluarga sendiri di sisi, bukan wang hingget nan berjuta, bukan bungalow nan sebuah, bukan kete ferrari nan merah, dan bukan duet raya nan menimbun (mak aih ade ke owang nak bagi ni).

Kalau dulu, siyes aku tak dapat terima kenyataan bagai ni sume, tapi sekarang, aku da kalis da beb. Da bagai kalis peluru da aku rasa. Sentap pun sentap la beb, janji skang aku epi. Mungkin ada la tu hikmah nan tersembunyi yang kita tak tahu. Rahsia Tuhan beb. Jadik biarla aku berbaik sangka. Kalau keluarga aku susah pown, kalau depa tak mau tolong takpe Allah tu sentiasa ada nak tolong. Janji tali silaturahim ini tetap kami pegang dan jaga. "Don't masam muka ngan depa k", nasihat aku kat diri aku sendiri.

Ya Allah, ya Tuhanku, Tuhan yang memiliki hati-hati ini, kuatkan hati kami untuk meneruskan kehidupan kami ini, untuk kuat menempuh ranjau dan duri kehidupan ini. Maafkanlah kami manusia yang tidak pernah kurang mengerjakan dosa dari kebaikan ini. Maafkanlah kami dan redhokanlah kehidupan kami ini. Amin~

Air dicincang tidak pernah akan putus.

Sekian~

Saturday, 18 August 2012

Haru Raya datang agi~

Salam semua. Waaa da raya da. Rasanya baru kelmarin stat pose.

Sedih la pulak terpaksa meninggalkan bulan Ramadhan nan sebulan ni. Banyak masa di buang tanpa amal yang berpatutan. Mak aih, den menyesal pun tak guna da.....Huuuu

Di kesempatan yang ada ini, aku nak gak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI yer semua. Maap Zahir dan Batin, harap maapkanlah saya yang kiut ini.


Sekian.


Tuesday, 14 August 2012

Edisi lagu nan raya~

Salam Ramadhan agi, yeah, sila kuatkan semangat tuk teruskan hidup walaupun hidup ini tidak penah seindah sakura....erkkk?


erkkkk....?

Ni bila da nak dekat raye ni, konpem r punye berlambak giler baju ....? eh lagu raya ke udara di corong-corong radio nan sensasi seperti hot fm, sinar fm, dan segala-galanya fm. Sah da ni, ke'fm'nan itu sudah melanda diri ini secara kronik tetapi bukan manik baju raya....~~"

Apakah ini....?errr

Aku sebenarnya da lama da sedaya upaya tuk tidak mendengaq lagu-lagu nan raya ni. Kalo dengar pown kena well mentally prepared r. Padahal pada hakikatnya bukan effect pape pwn dengaq lagu raya ni, secara fizikal mahupun batinnyer.....erk? Maaf zahir dan batin....?

Tonah konpuse agi~

Akhirnya satu hari di hari Ramadhan nan mulia ni, aku secara tak sengaja terdengaq lagu raya ni. Time tu aku lam kete member otw nak pegi keje. Masa ni aku langsung la tak expect yg aku akan dengaq lagu raya, alkisah nyer ape agi, setelah berkurun lamanya air mata aku ni tk tumpah, akhirnya ia tumpah gak r ke bumi yang menghijau ni.

Awatttttnye~~"

Ni kenapa ada tanda soal agi ni....?

Apakah sebab-sebabnye, cetttt skema plak aku ni yer. ntahla aku pown tk tau sejak bila aku jadik camgini, kalo diteliti ececece, baru aku pasan aku stat jadik camgini sebenaqnya sejak perginya arwah abah aku tuk selama-lamanya.

Mmmmm, apakah pulak perkaitan perkara ini dengan kewujudan lagu-lagu raya ni sume, tanye aku kepada aku sendiri secara skemanya. Eh skema ker Nek Kiah.....? Siapa pulak la gerangan Nek Kiah nyer ni???.....~~"

Memang aku terkenang pown. Ye la, time arwah abah aku pegi pown, time kita sume tengah raya. Raya taun tu memang terasa sangat-sangat kehilangan dia. Mungkin sebab tu kot aku sedaya upaya tuk 'mentally prepared' dulu bila nak dengaq lagu raya. Bukan takley dengar langsung yer. Sila anda jangan salah faham. Oh Yeah~

Selagi aku kuat tuk hadapinya, apa salahnya aku berubah kan, iye dop.

"It's because i'm not a princess to a king anymore. So be strong as much you can do."

Kata aku pada diri ku sendiri. Oh Yeah~

Takkanlah setiap kali teringat kat arwah abah aku setiap kali tu la aku kena menangis, meraung, berguling kesepian dan lain-lain agi, apa salahnyer aku tukaq mentaliti aku ni, time aku teringat tuh aku terus sedekah kan al fatihah ke ape ke kan, kerana itu adalah lebey baek.

Adakah itu bermaksud air mata aku da kurang.....?errr~

Tapi berat mata memandang berat agi bahu aku ni dok pikul. Pikul ape weh....? Pikul beras ekkkk. Pikul rindu la.

Bang nak beras 1 bungkus bang. Oh Yeah~

Sebab aku da mula membesar (uit bukan ko da besaq ka...?Argghhh tension aku...Grrr) , aku baru belajaq betapa pentingnya keluarga kita ni kepada diri kita. Walaupown mereka la yang paling banyak menyakitkan hati kita, tapi dalam masa yang sama, mereka jugalah yang membuatkan kita mampu untuk tersenyum di waktu dan ketika ini.

Cuba bayangkan orang yang langsung tidak bernasib baik, langsung tiada siapa disisi walhal ketika hari raya. Bersyukurlah dengan apa yang Allah anugerahkan. Cukuplah kita untuk merungut, maka berhentilah untuk merungut.

Walaupwn abah da pegi, tapi abah sentiasa di hati ini sampai biila-bila.....Sayang abah~

Sekian.




Saturday, 11 August 2012

Baju raya....erkk ?

Salam Ramadhan agi~

Best giler pagi ni. Sejuk wooo. Hujan dari sahur tadi. Tetiba ad mood la plak nak berpuitis.....? ~~"

Tip tap tip tap waktu berdetik, da nak raye da. Ni plak minggu last sebelum nak raye. Baju raye satu habuk pown belum ade agi. Mak aih~ Wat hapen bebeh (sah bahasa inggeris yang terover broken da...iskh....iskh...~) 

Takpe la gunakan apa yang ada. Itukan lebey baek. Tup tup cam raye taun lepas, malam raya la baru nak cari kain baju raya nyer, malam raya la baru nak mencari benang warna bajunyer, malam raya la baru nak ukuq badan sendirinyer (nasihat aku, ukuqla baju di badan sendiri....?), alih-alih pagi raya esoknyer menguap tak sudah.

Mantokkk r~
Tu la yang selalu terjadik pada setiap malam sebelum raya, sebenarnya aku jahit baju raya cikai-cikai jer. Asalkan ade baju raya udahlor. Kenkadang aku sentap ugak la pabila ade sesetengah dari member-member aku selalu je kata camni, "Ko takpe r tonah, ko pandai jahit baju, tak payah nak pikir-pikir pasal beli baju raye ke ape ke, bajet memang sure la save, pastu bebila pown bley nak menjahit, aku plak kena tempah baju awal la bla....bla....bla.....bla.....". 

Tidak kurang jugak yang memandang agak sinis, "Ape ko jahit baju sendiri...erkk, pandai ker". Pastu tengok aku atas dan bawah maca first time tengok ahli kaji bumi ke ape. Uit, sentap der. Meh aku sentap jiwa raga korang plak (walaupown.......tetttttt).

Uit kau ade.............Cett korang ingat aku pandai jahit baju sejak azali ker, belajar la weh.  Ade ker orang belajaq sehari terus pandai. Bertaun der~ Nak bagi tangan aku betul nak wat jahitan lurus pown bukan nyer kejap je jadik pro, perlukan usaha jugak der. Ade jer member aku yang pi belajaq menjahit ngan mak mertua depa. Tapi tak kata pape pown (jangan kata apa-apa....oh yeah~)

Belajar menjahit ni atas diri kita sendiri la. Tiada siapa pun akan memaksa. Aku cume bengang orang menyentap jer. Takde hal pown sebenarnye.



Dato' Siti pown belajaq jahit aper~

Setakat nak save bajet sesape pown bley sebenarnye, da tahu harga baju raya tu beratus ratus, yang korang pegi beli kat butik tu wat mende, baik korang bagi masjid ke ape ke, ataupown beli jer kat Mydin (sssyyyy, kenkadang aku pown terkantoi gak beli kat situ, harga die perghhh aku beli paling murah der, pahtu balik aku alter la seket bior ia nampak mahal...jahit manik seket pown da nampak mahal ape....)

Ade plak la tu yang kata, kalo mahal tu biasanyer selesa la nak pakai....erkkk ? Korang amik info katne ni weh.

Uit sesape pown buley jimat ape. Tidak semestinya pandai jahit bebeh, kalau jeles sangat ngan aku, rajin-rajinla diri pergi bermusafir tuk menuntut ilmu, janganla suka sangat menyentapkan ati orang jer ekkk, perghhhh, weh ni member ke kalo camni. Pegi da~

Bak kata orang-orang zaman dahulu nan kala:

"Tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad"

Tak rugi pown belajaq ni. Belajaqla dari kesilapan, oh yeah~~" Kalau korang ade member yang semacam ini, aku nasihatkan korang, amik jer korangnyer headset pahtu tutup lubang telinga korang tu n bukak lagu raya, pastu wat aktiviti angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk tp jangan sunduk...?

Moral of the story, jagala lidah kamu berbanding bibir seksa mu. uuuuu. Sah sewel~

Mak aih, seksinyer bibir die~


Friday, 10 August 2012

Donah ker ...?

Salam Ramadhan tuk sume~ Yeah~

Pose ker~ Aaaaaa~

Kalau sesape la yang perasan, aku da tukar aku nyer blog title. Dari 'Joyah ke tonah ke ni' kepada 'Donah ke Tonah ke ni'. Ape jadah la tonah ni~ Konpuse dari kiri ke kanan, keliru ke aktiviti buang angin dan tebiat.....?

Konpuse ker kak~
Masalahnye penting ke blog title aku ni. Huahua~ Konpuse aku yang tengah senyum-senyum menggeletek sengsorang depan lenovo aku ni. Yeah~

Idea yang terbernas ni asalnye datang dari amoi-amoi yang merangkap rakan sepejabat aku kat opis baru aku ni.  Kelakar aku tengok bila time sebut je nama aku 'Tonah', aku selalu perhati yang diorang punye lidah bagaikan terpeliot dari sebutan nan sebenar.

Cettt~

Sape name? Tanye amoi-amoi terbabit ke arah diriku. Aku pown bagitahula dengan senyuman paling manis di abad dan di alam semester tetapi bukan cuti semester, aku habaqla, "Nama saya Tonah", jawab aku ngan penuh kekhilafan dan keskemaannyer.

Tetiba amoi-amoi terbabit buat riak muka yang mungkin amat memusykilkan aku di ketika dan di waktu itu, diorang pown kata, "Ape...? Nama awak Donah", kata mereka dengan penuh keterpeliotkan lidah mereka nan sendiri.

Hehe. Susah jugak rupenye sebut name famous aku ni (Cett famous ker...?) Sebenarnye time tu, aku nak berguling gelak, tapi tahan je. Time tu lam anak tekak aku ni ala-ala cam ade owang ngah menggeletek aku nyer anak tekak. Tapi aku tahan kan jua sebab amoi-amoi tu buat muka nan seriusnye demi memastikan kefamousan nama aku itu. Cett~

Donah ke Tonah ni..............? ? ?

Alkisahnya aku ingat namaku dipanggil sebagai 'Donah' setakat waktu dan di ketika tu je, tetapi apa yang aku turut terkonpiuskan diri ini, pabila time aku kuar nak amik dokumen kat division IT kelmarin ngan kakak opis nan Melayu yang duduk sebelah aku itu, mula-mula sumpah memang aku tak pasan,rupanye dia juga panggil aku sebagai Donah. Mak aih, aku ni Tonah ke Donah ni. Huuuuu~

Tetiba jauh dari lubuk ati aku skang ni, tetiba berkata "Penting ker", tetiba aku menyakitkan ati aku nan sendirian. Oh Yeah~

Kenkadang aku pikir, nama Tonah ku telah di 'donut' kan oleh amoi-amoi terbabit, lalu terlahirla nama Donah sebagai pengganti. Takpela, janji aku masih orang nan same, iye dop.

Sedap jugak kalo buat tuk berbuka pose nih~ Yeah~

Uih panjang giler bagitahu pasal dienye blog title jer. Ape jadahla ko ni Donah. Mak aihh kenapa nama aku da bertukar ke weii. Ahakkksss~

Say peace bebeh~

Selamat berbuka puasa tuk semua~~~~~~~


Thursday, 9 August 2012

Jeng jeng tonah datang agi~





Salam Ramadhan buat semua~ Yeah~

Skang da nak dekat raya da, baru nan ucap. Ape da tonah ni. Sewel sokmo~

Aku pown konpuse la ngan diri aku ni, setiap kali bulan pose baru la tergedik-gedik nak bukak blog ni balik. Mungkin setiap kali pose kot ak mula melahirkan idea yang bernas tetapi bukan bas seranas (untuk pengetahuan anda semua bas seranas buleh didapati di kawasan shah alam...yeah~)

Ni la bas seranas nyer~

Walau apapun, kepada para peminat sekalian ecece... i'm back bebeh~ yeayyyy~

Alang-alang aku da mula menggatal nak menulis ni, aku nak citer la seket tentang perkembangan album terbaru aku ni  (cett perasan tahap gerbang pelajar uitm da ni...) hehe.

Setelah sekian lama memendam rasa ngan pihak berkuasa institusi yang aku pilih untuk aku melangkah kan kaki ke menara yang betingkat-tingkat itu, maka dengan keterpaksaan nye aku mula memaksakan diri ini untuk memulakan idop baru.

Biasala, akibat kesan jatuh dari bangunan bertingkat-tingkat dan kedebuk jumpe tanah, akhirnya dengan separa kekuatan serpihan hati yang tinggal akhirnya aku mula melangkah kembali.

Korang ingat senang ke jadi cik tonah dari jadi cik joyah...........pe kaitan la plak cik joyah lam perkaitan cik tonah ni. mmmmmm............ini serius - bak kata cik ming ming

Ini serius bebeh~ Yeah~

Ayat-ayat aku ni dalam seket, jadi perlukan penghayatan nan tinggi tuk membacanya. Sabar je la ea~

Jadi nak dipendekkan cerita, disebabkan tekanan perasaan nan melampau bak gunung berapi yang sedia nak meluahkan lahar keberapian nyer cam perasaan makan maggi kari berapi, aku telah memenjarakan diri aku ni tanpa buat pape selama 2 bulan. Lam 2 bulan tu la aku bergelut ngan aku nyer mindset. So moral of the story, senang je, kuatkan iman anda, teguhkan peribadi sure anda tidak menjadi giler nan suspendik.

Slrrpppp!

Dan akhirnya kini dan selamanya, aku telah selamat kembali ke medan perang utk terus berjuang (Poyo ::P) Aku pown mulakan la idop aku ni kembali ke jalan lurus lagi bebenor. Aku tukar keje baru, umah sewa baru, baju raya pown tk baru-baru, dan baru-baru ini............?

Tu dulu la buat sekembali nya aku ni ke alam berblogging ini. Rindu giler. Walaupown ak tak post entri baru, ak still berblog walking tau.

Semangat blogging~ YEAH~


Running Man Addicted

Running Man Addicted