Monday, 18 July 2011

terkandas

LCCT. Terminal tuk Air Asia yang paling gah di dunia Asia kite ni. Ecece~ ni la nak dijadikkan citernye.

Pada 13hb 7 tahun 2011, aku, mak aku ngan abang ngah aku naikla flight dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan ke LCCT, Kuala Lumpur. Akunyer tiket flight masa tu sepatutnye aku naik flight kul 7.35 petang tapi tetiba 'delay' la plak.

Nasib baek la die 'delay' 10 minit je, jadik aku tak kisah la sangat kan (psss: masa ni aku da berdebar debar giler da, ye la sebabnye aku da beli tiket tuk ke kota kinabalu kul 9.30 malam kot.) Salah perkiraan time la nih~ Memang tak pasan langsung sebelom ni pastu masa hari bertolak tu baru pasan kot~

The moral of the story no 1: BELI TIKET TU TENGOK TIME TUH GUNA MATA JANGAN GUNA KAKI~
-----------------------------------------------------------------------------
Aiii marah nampak~ sape ea yang beli tiket bukan aku ke. iskh2x~ marah kat diri sendiri rupenye. Ini peringatan buat aku seumur idop. len kali aku taknak da jadik owang yang booking tiket, nak booking sila booking sendiri ea~ Pape jadik jangan pandang aku da, malas nak layan~

Mintak maap awal awal la tuk mak ngan abang aku, walaupown raye lambat agi~ Aku kan EGO, paham paham je la ea~
-----------------------------------------------------------------------------
Adoiiaii. Tu la. Dan sume kisah terkandas aku ni pown bermula~

Masa tu seperti yang aku jangka, aku sampai di LCCT tepat pada pukul 8.45 malam. Kiranye masa tu kitorang ni de 15 minit je agi nak masuk ruang menunggu.

Nak dipanjangkan citer agi, masa sampai di LCCT tu kitorang terpesong la jalan, sepatutnye kitorang kena lalu kat laluan ketibaan lam negeri, tapi dengan kehendak Allah Yang Maha Esa, kitorang masa tu lansung tak nampak  papan tanda ketibaan lam negeri tu.

Pe citer lepas tu, kami follow je sesape yang turun dari flight tuh, memang tak pasan langsung sume yang turun flight tuh sumenye menghala kat laluan ketibaan luar negara~ Biasala owang yang tak biasa naik flight memang camni.

Memang tak patut la kan, n the moral of the story no 2: JANGAN LA FOLLOW OWANG SANGAT LA KAN SAMPAIKAN TAK RETI BACA PAPAN TANDA. DAN TANYE LA OWANG LEN sekeliling JANGAN WAT memandai KAKI JE NAK MELANGKAH~

Punye la jauh laluan yang kitorang lalu tu, mahunye naik penat kaki aku ni. Ye la, kasut tumit tinggi tuh. Aku lagi kesian kat mak aku, tumit kasut die lagi tinggi dari aku (psss: aku ingat nak pakai selipar jepun je, ye la naik flight takkanla nak pakai selipar jepun, sendiri punye pikirla, menyusahkan tuan kasut je)Ye la die pown bukannye muda sangat lagi pown, muda tara tang tang cam abang ngah aku ke ape ke kan. Pe citer, sampai je kat c2, tercari cari la plak kitowang ni barang barang kitorang, pastu tanyala kat owang yang keje kat terminal tu.

Memang sahla kan, kitorang salah tempat. Berlari la plak kitorang ni pegi cari tempat yang sepatutnye. Pe citer, tempat yang sepatutnye tuju rupe rupenye tul tul depan kapal terbang yang kitorang turun masa tu. Berlari lari la kitorang pegi kat c2.

Memang tak buley blah~ Alih alih kitorang sampai kat c2 kul 9.15 malam n pintu ruang menunggu di tutup kul 9.05 malam.

Pe citer, TERKANDASLA jawabnye~

Dengan habis berpenat lelah berlari lari di tempat yang luas lagi besar, kitorang pown akhirnye duduk la di bangku kerusi yang banyak ade kat c2~ naseb baek ade kerusi kalo takde tak ke duduk je atas lantai.

Mak aku pown tepon la sedara mara yang tinggal kat kat c2, ye la mana la tahu diorang kesian nak bagi tumpang tido ke ape ke kan.

Disebabkan terlampau taknak menyusahkan saudara mara sendiri, kitorang buatla keputusan nak carik hotel yang paling dekat ngan LCCT, jadik kami mencuba nasib ke Hotel Tune Talk , hotel yang paling dekat kat c2.

Ngan membawa beratan beg beg yang beratnye berguni guni beras, bawakla mereka bersama sama menaiki bas yang menuju ke Hotel Tune Talk. Naseb baik tambang sehinggit je~ Kalo beratus tak ke naye je jawabnye.

Sampai je kat Hotel Tune Talk, alangkah terkejutnye kami, panjangnye beratur.

Panjang nye kena beratur~


Maka dipendekkan citer, abang ngah aku pown beratur la. Nak harapkan aku ngan mak aku, memang tak larat sesangat da masa tu.

-------------------------------------------------
tonah tetiba nak membebel
-------------------------------------------------
Ala tenaga pompuan sampai mana la sangat kan~ Angkat benda berat pown tak digalakkan~ Ye la, nti tak pepasal jatuh peranakan ke ape la plak kan~ Da kata pompuan tu memang kaum yang lemah. Memang time single agi benda tu sume memangla kata tak penting sangat pown, tapi da kawen esok esok tak ke naya je jawabnye, kesan jangka panjang tu~ Da ade anak takpela nak angkat tong gas ke ape ke. Takde anak alih alih kata pompuan tu gak la yang dikatakannye mandul la ape la, pe citer. Alih alih kaum pompuan yang lemah ni jugak la yang kena kan. (psss: tonah yang da mula membebel da ni~) 

So, kepada sume lelaki yang menganggap diri mereka lelaki lam dunia nih, bukan nak suh korang jadi gentlmen ke ape kan, bagi aku tak jatuhnye maruah korang kalo setakat nak tolong mak mak kowang angkat tong gas ke ape kan, walaupown anda seorang lelaki yang sudah de jawatan tinggi melangit ke ape~ dunia je tu~ Tanggungjawab kowang kat mak kowang adalah seumur idop kowang, sampai mati kot, ade bini cantik je tinggalkan mak bapak wat mende~ nak masuk neraka buat la~ silakan~ (psss: aku ank pompuan takpela kan, bile aku kawen je tanggungjawab da abeh da~ tapi kowang anak jantan pe citer~ jawab ngan Tuhan la jawabnye~ jangan banyak cakap la~) 

Pe salahnye kalo korang bagi seket wit gaji kat mak bapak kamo bile kamo da keje, mereka bukan nak sangat pown, tetapi kenkadang mereka nak gakla merasa hasil titik peluh korang tu. Da kata anak diowang, pe salahnye. Tahula kena tanggung anak bini lagi, tapi pikir lebey seket bley tak. Tuhan bagi otak kot. Anggap benda tu sebahagian dari tanggungjawab korang suda~ bukan susah pown, tak perlu pikir sampai pecah otak pown~ kenapa susah sangat nak bagi~ aku tahu tentu korang mesti nak wat belanja lam kubur kan~ alih alih keje pown, pow wit mak bapak gak pe citer~ hahaha tanggungjawab tu, akhirnye berjawab la korang depan tuhan.

----------------------------------------------------------
Dipendekkan citer, sampai je abang aku kat kaunter, adik kat kaunter tu pown kata la," Maaf ye bang, bilik da penuh da". Pe citer~

Jadik balikla kami pegi LCCT, ce teka kami tidoq di mana ye, LCCT foodcourt kot~ Aku ingat nak tumpang tidoq kat bilik semayang, pe citer bilik semayang pompuan kunci la plak~ Da nasib~ Jadik melongo la aku ngan mak aku kat meja makan. Ngantuk punye pasal tidola kami kat c2.

Abang aku kira bernasib baekla kat bilik semayang lelaki tak kunci, jadik die pown tido la kat c2.

Pe citer n esoknye kul 9.30 pagi (kirenye booking tiket len da ni) bertolakla kami ke Kota Kinabalu, Sabah.

Penatnye sampai skang masih terasa~

Sekian.

0 comments:

Running Man Addicted

Running Man Addicted